public-gold-logo-maroon
#5 Sebab Mesti Beli Hartanah pada usia Muda
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  #5 Sebab Mesti Beli Hartanah pada usia Muda
#5 Sebab Mesti Beli Hartanah pada usia Muda

Ketika mula-mula saya masuk ke alam pekerjaan, bapak saya berpesan: "Fizul, sebelum kahwin make sure dah beli rumah terlebih dahulu dalam usia muda.. Kereta idaman boleh beli kemudian"

Pada ketika itu saya baru berusia 25 tahun dan belum lagi terfikir untuk membeli rumah apatah lagi untuk berkeluarga. Sekarang selepas 6 tahun baru saya faham mengapa ayah saya berpesan sedemikian..

Masa terbaik untuk memulakan pelaburan hartanah ialah ketika masih  muda dan masih bujang!!! Hakikat ini perlu diakui  walaupun mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini. Tidak bermaksud, membeli rumah selepas berkahwin itu tidak boleh. Terdapat #5 sebab kenapa saya tekankan membeli rumah diusia muda amat perlu, iaitu;

#1. TANGGUNGAN MASIH KURANG

Jika anda sudah mempunyai pendapatan tetap, rancanglah membeli hartanah terlebih dahulu sebelum berumahtangga. Jika  sudah berkahwin dan beranak pinak, perbelanjaan anda sudah pasti tertumpu kepada keluarga anda. Perbelanjaan membeli susu dan makanan sahaja sudah mencecah ratusan ringgit setiap bulan, ini belum termasuk perbelanjaan lain seperti kereta dan utiliti. Lebih parah lagi sekiranya pasangan anda tidak mempunyai pendapatan. Jika ini terjadi,  peluang anda memiliki rumah amatlah tipis!!!

#2. ANSURAN BULANAN LEBIH RENDAH

Bank-bank peminjam lebih mudah memberi pinjaman loan  kepada pembeli yang masih muda dan tidak banyak tanggungan. Jika anda berumur 20 tahun, anda sudah selesaikan pinjaman rumah anda pada umur 45 tahun( jika dikira tempoh pembayaran ialah 25 tahun). Tetapi jika sekiranya umur anda 45 tahun barulah anda membeli rumah, kemungkinan tempoh pembayaran yang diluluskan untuk membayar semula hanyalah 15 tahun.Sudah pasti instalment yang terpaksa anda bayar adalah lebih tinggi.

#3. PELUANG UNTUK MENAMBAH ASET HARTANAH MASIH TERBUKA LUAS

Katakanlah anda seorang kakitangan awam dan membeli rumah sebaik anda bekerja pada umur 20 tahun. Dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pinjaman pertama, gaji anda sudahpun naik lebih kurang 5-10%. Dengan kenaikan pendapatan  ditambah pula dengan income rumah pertama yang anda sewakan, anda sudah mampu membeli rumah kedua dan begitulah seterusnya.

#4. NILAI  HARTANAH SEMAKIN  TINGGI

Mengambil keputusan untuk membeli rumah atau hartanah diusia muda adalah satu langkah yang sangat bijak. Mereka yang termasuk dalam golongan ini sangat memahami bahawa hartanah adalah satu pelaburan jangka lanjang yang menguntungkan. Bayangkan, rumah flat di kawasan bandar pada 15 tahun lepas sudah mencecah 200% nilainya pada masa ini, malah ada yang  meningkat lebih mendadak dari itu. Rata-rata rakan-rakan saya yang membeli rumah pada ketika itu merasa lega pada hari ini disebabkan berjaya membuat keputusan tepat  pada ketika itu. Saya tekankan... tiada seorangpun yang MENYESAL!!

#5. ORANG MUDA SANGGUP "IKAT PERUT"

Ini adalah pengalaman dari saya sendiri yang sukar dilupakan, yang mana pada masa kini (berkeluarga) tidak mungkin ada  tragedi " ikat perut". Alasannya, pada ketika itu saya masih muda, masih sihat dan masih bujang, maka tidak banyak komitmen kewangan yang mengganggu fikiran kecuali diri sendiri dan  ibu bapa. Keinginan membeli rumah menyebabkan saya terpaksa mengurangkan aktiviti hiburan dan kadangkala kesunyian. Makan minum  sememangnya tidak setaraf dengan rakan lain.Walaupun wang poket  berada ditahap kritikal, saya tidak  terlalu  panik kerana  hanya memikirkan diri sendiri.

Bila difikirkan semula, semua pengorbanan itu ternyata berbaloi!!!

Saya mencadangkan anda membeli buku ini di cawangan MPH bookstore untuk rujukan. Belajar dari pengalaman orang lain akan menjimatkan masa anda untuk membuat keputusan yang bijak!

Paling penting kita semua sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar sentiasa dimurahkan rezeki. Amalan doa yang di anjurkan oleh orang alim: