public-gold-logo-maroon
ASB Loan, Untung atau Rugi?
Home » Saving  »  ASB Loan, Untung atau Rugi?
ASB Loan, Untung atau Rugi?

Perlu diingatkan, analisis di atas akan memberi hasil yang berbeza, jika input yang diguna-pakai berubah. Jika terdapat sebarang kesilapan, sila email saya semula untuk pembetulan.

Sebelum kita huraikan Loan ASB ini. 1 benda anda kena hati hati..Loan ASB adalah komitment anda dan akan ganggu anda punya CCRIS dan CTOS anda. Saya juga ingin berkongsi maklumat yang diperoleh dari BTimes new regarding BNM research for Malaysian Family debt distribution. Katakanlah saya ambil total income Suami(RM2,500) & Isteri(RM2,500) = 5,000/monthly. Both Fresh graduate degree holder. Please plan your financial nicely and smart.
Distribution expenses/perbelanjaan adalah seperti berikut: 1) Housing Financing = 45%(RM2,250) 2) Car Financing = 20%(RM1,000) 3) Personal use = 15%(RM750) 4) Credit card = 5%(RM250) 5) Purchase of securities = 5%(RM250) 6) Others = 10%(RM500)

So anda nilaikan sendiri dimanakah anda sekarang? Rumah perlu untuk berteduh; Kereta perlu untuk bergerak; At the end anda hanya ada 750 jer untuk anda belanja diri anda sendiri,,adakah ini ADIL untuk diri anda yang bertungkus lumus mengerah otak dan keringat hanya untuk sesuap nasi.(750/30 = 62.50 sehari-20-utk setiap dish).Pizza-hut pun tak lepas..

Dengan artikel ini semoga membuka minda/pandangan anda tentang betapa pentingnya pengurusan kewangan terhadap diri anda dan keluarga anda.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kalau tak silap saya, belum ada orang yang beri jawapan sama ada untung atau rugi buat ASB loan ini. Jadi izinkan saya berkongsi sedikit pengetahuan saya sama ada elok atau tidak elok buat ASB loan ini.

Analisis yang saya buat ini cuma ringkas saja dan tidak berniat untuk memburuk-burukkan pihak tertentu. Hanya sekadar untuk pertimbangan anda sebelum membuat keputusan untuk membuat ASB Loan (melabur ke ASB dengan duit pinjaman bank).

Dari contoh simpanan ASB Loan berjumlah RM 100,000 yang terdiri dari:

  • Deposit RM 5,000 manakala RM 95,000 pinjaman bank mengikut kadar BLR + 0.5% (iaitu 6.9% setahun)
  • Bayaran bulanan RM 731 untuk tempoh 20 tahun.

Seperti yang diiklan, dividen akan diberi terus kpd anda.

Contoh: Dividen 7% setahun, anda akan dapat RM 7,000 setiap tahun. Boleh dibelanjakan apa saja anda suka dan at the end of 20 years, anda akan terima RM100,000 yang boleh digunakan untuk beli rumah, pendidikan anak dan sebagainya.

Cara A – Gunakan dividen untuk bayar semula pinjaman ——————————————————————

Hasil pengiraan saya menggunakan software Optimoney, jika dividen 7% setahun atau RM7,000 itu dibayar semula kpd bank untuk mengurangkan baki pinjaman anda, loan ASB anda dijangka selesai dalam masa 7 tahun 6 bulan dengan jumlah pembayaran penuh hampir RM 120,82 (termasuk deposit RM5,000 dan dividen RM7,000 yg dibayar semula setiap tahun) Ini bermakna, anda terpaksa membayar RM 120,000 untuk mendapatkan RM100,000 selepas 7 hingga 8 tahun.

Untung atau rugi?

Jika anda labur RM 731 ke dalam ASB setiap bulan selama 8 tahun pun, simpanan anda akan menjadi RM94,260. Campur deposit RM 5,000 yang disimpan utk 8 tahun juga, future value adalah RM 8,590. Total nilai pelaburan anda = RM102,850. Dah lebih RM100,000 dah.

Cara B – Belanjakan Dividen setiap tahun & maintain membayar bulanan kpd loan ————————————————————————————————

Bagi loan RM 95,000 untuk 20 tahun pada kadar 6.9% setahun, jumlah pembayaran penuh selepas 20 tahunadalah RM 175,359 (kos) Dengan dividen RM 7,000 untuk 20 tahun = RM 140,000 dan duit ASB selepas 20 tahun = RM 100,000 (+) Duit Yang Diterima => RM 240,000

Secara kasar, nampak macam anda untung sebab anda perolehi RM 240,000 Dalam masa 20 tahun sedangkan kos pinjaman anda berjumlah RM 175,359 shj.

Untung pada mata kasar ==> RM 64,64

Tetapi, bila mengambil kira kesediaan dan keupayaan anda maintain Bayaran bulanan RM 731 selama 20 tahun, anda sebenarnya rugi besar. Ini kerana dengan simpanan RM 731 ke dalam ASB untuk tempoh 20 tahun, Nilai pelaburan anda akan menjadi RM 383,018 ! Ini bermakna, oleh kerana anda ambil ASB loan dari bank, anda kehilangan ‘potential gain’.

Total Value jika anda simpan sendiri = RM 383,018 Total gain kalau anda ambil loan = – RM 240,000 ————————————————————— Kehilangan Keuntungan RM 143,018

Siapa yang untung sebenarnya? ==> Bank !

Dengan modal pinjaman RM 95,000, bank terima RM175,359 dari anda sepanjang 20 tahun itu. Ini bermakna mereka untung lebih RM 80,000 dari keuntungan ASB yang anda boleh dapat jika anda simpan guna duit sendiri. Masalahnya, bank tidak boleh melabur dalam ASB kerana ASB adal h untuk individu bumiputra. Dengan ASB loan, mereka dapat buat untung hasil dividen ASB yang mereka ambil dari pelaburan anda.

Yang Rugi ==> Anda sebenarnya!!!.

Oleh itu, lebih baik anda simpan ASB menggunakan duit sendiri.

Moralnya, jangan melabur dengan duit hutang. Diharap artikel ini dapat menjawab dilemma anda selama ini.

Terima kasih.

Komen Admin PGS

  1. Kebanyakan alasan rakan/family terdekat saya yang menggunakan ASB Loan adalah untuk mendisplinkan mereka menyimpan. Anda juga bersetuju dengan mereka bukan?
  2. Saya berkongsi tips dari Dato' Azizan Osman & Irfan Khairi. Mereka adalah pakar motivasi kewangan: Cara terbaik adalah mendisplinkan diri guna kemudahan auto debit untuk saving. Kaedah ini dinamakan kaedah "bootstrap".
  3. Ramai tidak aware bahawa simpanan yang sebenar bermaksud simpanan yang totally tanpa melibatkan hutang seperti contoh ASB loan ini.
  4. Saya telah membuat calculation menggunakan excel file. Jika anda menyimpan jumlah yang sama iaitu RM731 setiap bulan selama 20 tahun & jika anda hanya simpan RM731 pada tahun pertama sahaja.
  5. Previously saya & isteri menggunakan kaedah ini untuk saving tetapi selepas mendapat tahu ada choice/kaedah yang lebih hebat untuk tujuan simpanan masa depan kami sepakat memilih saving 1 dinar setiap bulan. Uniknya pada ketika harga rendah, ada lebihan cash untuk dibelanjakan! Sebab target pembelian hanya 1 dinar setiap bulan 🙂
  6. Nilai duit ringgit semakin susut walhal nilai emas semakin tinggi. STRONG REASON mengapa saya prefer simpan Dinar/Jongkong Emas setiap bulan. Kalau perlu cash? Saya ada option untuk gadai di Ar-Rahnu yang ada di seluruh Malaysia.
  7. Langkah pertama untuk membeli Emas keluaran Public Gold: Click Here
  8. Anda ingin membeli 1 Dinar setiap bulan? Layanan world class daripada saya di 019-8884452 (Mr Hafizul Hakim: Whatsapp Available).
Dengan keadaan ekonomi negara yang tidak menentu (kenaikan minyak dan kenaikan inflasi), risiko kenaikan interest (BLR naik) pada masa akan datang, membuatkan pilihan kedua, iaitu melabur terus ke ASB tanpa guna loan, nampak JAUH LEBIH SELAMAT.
Figures never lie!