public-gold-logo-maroon
Tetapkan Matlamat! Mengapa anda membeli emas?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Tetapkan Matlamat! Mengapa anda membeli emas?
Tetapkan Matlamat! Mengapa anda membeli emas?
بسم الله الرحمن الرحيم Bismi-llāhi r-raḥmāni r-raḥīm   Salam sejahtera pembaca-pembaca setia sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada anda semua. Semoga tahun 2014 ini akan menjadikan kita insan yang berguna, berilmu pengetahuan dan paling penting adalah menjadi seorang yang lebih baik dari tahun sebelumnya.

Tetapkan matlamat! Jangan beli emas tanpa matlamat!

Penetapan matlamat pelaburan yang baik haruslah spesifik dan mempunyai jangka waktu yang ditentukan terlebih dahulu. Contohnya kita tidak hanya sekadar berkata dalam hati,"Aku hendak melabur supaya dapat untung, nanti dapat gunakan keuntungan itu bagi hantar anak belajar di universiti." Apa yang lebih baik adalah sekiranya kita membuat seperti berikut:

  • Menulis matlamat kita
  • Menetapkan tempoh pelaburan
  • Menetapkan jumlah yang kita mahu capai
Penetapan matlamat akan membantu anda eliminate kerisauan naik/turun harga emas
Menulis Matlamat

Dengan cara ini, insya-allah kita akan sentiasa ingat kepadanya sehingga ia tercapai. Fitrah manusia sememangnya mudah lupa. Matlamat yang ditulis dan diletakkan di tempat yang khusus (diari) akan mengingatkan kita semula tentangnya ketika membuat semakan semula kelak. Seperkara lagi, walaupun azam dan ingatan kita begitu kuat, ia dapat berubah mengikut masa akibat pengaruh luaran. Tulis matlamat pelaburan anda dengan jelas di atas kertas, misalnya:

Jangan campur aduk satu matlamat dengan matlamat pelaburan yang lain. Ia hanya merosakkan planning anda!

Menetapkan tempoh pelaburan

Pelaburan tanpa tempoh masa yang spesifik menyebabkan kita terleka daripada mengejar matlamat. Tidak mustahil kita tidak mencapainya dan mungkin terbabas daripada tempoh masa yang sepatutnya dicapai.

Contohnya: Sasaran hendak simpan 250 gram dalam tempoh 2 tahun

Sekiranya tujuan kita adalah bagi perkahwinan masa datang, pendidikan masa depan anak, perbelanjaan haji maka kita mesti menetapkan dengan jelas berapa tahun tempoh bagi kita mencapai matlamat itu.

Mengambil contoh yang sama, katakan anak kita ketika ini berusia 10 tahun dan akan melanjutkan pelajaran di universiti pada usia 18 tahun. Perbezaan tempohnya adalah 8 tahun. Oleh itu, tempoh 8 tahun perlu diletakkan sebagai matlamat untuk dicapai!

Insya allah dengan cara begini - keputusan adalah tetap dan firmed!

Menetapkan jumlah yang ingin dicapai

Tidak akan beerti pelaburan yanng kita rancang sekiranya kita tidak menetapkan jumlah hasil pelaburan sebagai matlamat kita. Suka ataupun tidak, suatu jumlah tertentu perlu ditetapkan bagi dicapai pada masa hadapan mulai sekarang. Jumlah itu pastinya lebih tinggi berbanding dengan harga dibeli pada hari ini.

Caranya adalah dengan menganggarkannya sehampir mungkin dengan jumlah kos yang diperlukan pada masa hadapan. Bagaimana caranya? Saya tunjukkan dengan lebih terperinci dibawah.

Kirakan kos hari ini

Kos itu merangkumi kos yuran, kos sara hidup dan kos-kos lain berkaitan bagi menyambung pelajaran di universiti. Katakan kos keseluruhan setahun adalah RM3,500 (dua semester). Sekiranya tempoh pengajian selama empat tahun, maka kosnya adalah RM16,000.

Faktor Inflasi

Inflasi sudah pasti akan menghakis nilai simpanan kita dengan cara menyusutkan nilai wang. sebagai contoh:

 RM10 tahun 2010 dapat beli certain amount barang, tahun 2011 RM10 makin sedikit barang dapat dibeli =)

Katakan nilai purata inflasi di Malaysia adalah empat peratus (4%).

Contoh penetapan matlamat kita sekarang adalah seperti berikut:

download

Semoga artikel ini akan membantu anda membuat perancangan dalam pembelian emas fizikal Public Gold. Jika anda sudah bersedia untuk membeli emas hubungi saya segera di talian 019-8884452...

  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta (PG000839)
  • Master Dealer Public Gold
  • Email: hafizul_hakim@publicgoldsarawak.com
  • H/p (Whatsapp) : 019-8884452