Assalamualaikum,
Sejak akhir-akhir ini pelbagai syarikat yang mendakwa mereka menjalankan aktiviti pelaburan emas di Malaysia sekarang ini. Akan tetapi, ramai yang keliru dengan modus operandi sama ada yang betul ataupun aktiviti skim cepat kaya.
Senarai terkini syarikat yang dikenal pasti sebagai berisiko tinggi dan disyaki terlibat dgn jenayah scam: Watchlist Bank Negara Malaysia
Dibawah ini saya akan senaraikan simptom-simptom untuk memudahkan anda mengenalpasti mana yang betul dan mana yang tidak betul.
- Pelaburan emas sebenar TIDAKĀ menawarkan sebarang pulangan bulanan.
- Menawarkan pulangan yang LUAR BIASA besar.
- Biasa pelanggan terjerat disebabkan janji bulan dan bintang ini.
- Setiap jongkong emas yang established mempunyai Assayer (pengesah ketulenan emas).
- Kebanyakan skim emas tidak handover emas fizikal terus kepada pelanggan. (Apabila skim berkubur, semua pelabur berputih mata. Duit bulanan tak dapat, emas lagi lah tak nampak!)
- Banyak syarikat mendakwa mereka menjalankan operasi di luar negara antaranya Dubai, Hong Kong, Singapura, Jerman, China. (Jika apa-apa terjadi kepada syarikat ini ehemm.. dah telahpun TERJADI, adakah anda sanggup ke negara ini untuk mendapatkan kembali wang anda?)