public-gold-logo-maroon
Kebocoran Wang Kerana Kereta
Home » Saving  »  Kebocoran Wang Kerana Kereta
Kebocoran Wang Kerana Kereta
Kebocoran kewangan akibat makhluk tak bernyawa bernama kereta...
  1. Bayaran bulanan. Jadi minimumkan bayaran bulanan. Tidak boleh melebihi 15% daripada gaji. (Net lebih baik)
  2. Minimumkan juga kadar keuntungan bank. Jadi tidak boleh buat lama-lama. Maksimum loan adalah 7 tahun.

Jadi, bayar 15% dari gaji dengan pembiayaan maksimum 7 tahun. Fullstop! Saya sungguh kasihan dengan Skim Fresh Graduate beli kereta daripada sebuah Bank Islam. Kadar keuntungan bank begitu tinggi. Pinjaman diikat sampai 9 tahun.

Saya membanding untuk satu kereta pada harga yang sama, Proton Gen2 antara pembiayaan sewa beli biasa dengan skim Fresh graduate ini. Beza bayaran bulanan adalah lebih RM150. Bagaimana?

Untuk pembiayaan biasa, bayaran bulanan adalah RM600 TAPIĀ untuk skim graduate adalah RM750. Solution: Rules of thumb yang lain yang biasa digunakan ialah Rule 20/4/10. Bayar 20% downpayment, pinjaman tak lebih 4 tahun, tak lebih daripada 10% gaji. Kenapa 20% downpayment? Supaya anda tidak meminjam lebih dari nilai kereta. Kenapa 4 tahun dan 10%? Supaya anda tidak membeli kereta yang anda tidak mampu/patut untuk beli. 4) Perbelanjaan ketirisan melibatkan kereta. Minyak - RM300/bulan Servis - RM500/tahun Wear & Tear - Tayar RM800/2tahun, Brakepad RM200/2tahun dll. Roadtax & Takaful - RM1,000/setahun (akan berkurang dengan NCD dan harga kereta kurang). Parking - bergantung kepada tempat. Di Shah Alam parking RM60 sebulan. Tol - isu yang panas, apatah lagi nak naik lagi. RM100 sebulan. Kos berkaitan kereta mampu mencapai RM1,000 sebulan jika anda membayar montly payment sejumlah RM600 untuk kereta. Minyak, tol dan parking memang sukar diubah. Yang boleh diubah adalah jenis kereta yang ingin dibeli. Maksudnya, jika kos RM400 sebulan untuk kereta, kita pakai kereta RM400/bulan, sudah ada lebihan RM200 untuk simpanan. Bagaimana jika sudah terbeli?