public-gold-logo-maroon
#TipsHartanah: Konsep "1 Rumah, 1 Anak"
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  #TipsHartanah: Konsep "1 Rumah, 1 Anak"
#TipsHartanah: Konsep "1 Rumah, 1 Anak"
Tips dari Abang Ensem yang mengsyorkan kita merealisasikan konsep " 1 Rumah, 1 Anak". Kalau ada 3 anak maka - "3 Rumah, 3 Anak"..  

Apabila mereka sudah melangkah ke alam pengajian tinggi ke Universiti, kita buat refinance dan gunakan cash itu untuk membiayai pengajian mereka.

Apabila mereka sudah graduate, tibalah giliran mereka untuk sambung bayar installment rumah instead of installment PTPTN. Sebelum saya & isteri memulakan pelaburan hartanah sekitar 4 tahun yang lepas, saya telah membeli beberapa buah buku nukilan Azizi Ali berkenaan dengan pelaburan hartanah. Ternyata sangkaan saya tentang hartanah memerlukan modal tinggi, proses rumit serta banyak kerenah bank adalah salah. Ternyata ungkapan Ibnu Khaldun tentang ilmu iaitu : "Knowledge is treasure BUT action is key to it" sangat bernilai... Satu perkongsian dari saya tentang kelebihan pelaburan hartanah dengan seorang rakan:
  • "Saya beli sebuah apartment untuk anak saya sekarang berusia 1 tahun. 18 tahun kemudian ketika anak saya nak masuk Universiti dia tak perlu buat loan. Saya akan jualkan apartment tersebut dan segala lebihan wang akan digunakan untuk kos pembelajaran dan kehidupan dia nanti etc (deposit rumah, deposit kereta etc)"