Hari yang sama saya dapat surat dari KWSP menyatakan amaun pengeluaran telah dikreditkan ke dalam akaun bank pinjaman perumahan saya.
Hutang saya dah kurang…
Ini adalah pengalaman pertama kali saya membuat pengeluaran KWSP atas Akaun 2 untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan. Saya pergi KWSP Simpang Tiga, Kuching untuk ambil Borang Permohonan KWSP 9C .
Tahun 2009 saya pernah membuat pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai deposit membeli rumah pertama.
Mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan dibenarkan oleh KWSP untuk
- Pembelian secara individu; ATAU
- (ii) Pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak) atau individu lain yang tiada pertalian keluarga; ATAU
- (iii) Membantu suami / isteri mengurang atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan suami / isteri
Selain syarat² utama – warganegara dan semestinya pencarum KWSP, syarat lain adalah belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP dan mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
Permohonan boleh dibuat SEKALI SETAHUN daripada tarikh pengeluaran perumahan terdahulu
Dokumen penting yang diperlukan
-
- Borang Pengeluaran KWSP 9P (AHL)
- Kad Pengenalan Diri
- Penyata Akaun Simpanan
- Penyata Baki Pinjaman dari Bank yang meluluskan pinjaman (Contoh format yang perlu diberikan kepada pihak bank)
Cawangan bank pinjaman rumah saya di Jalan Satok, Kuching. Saya pergi bank dan serahkan dokumen seperti S&P dan surat tawaran pinjaman. Seminggu kemudian bank telefon bila dokumen siap.
Ada beberapa bahagian pada borang saya agak was-was, saya tanya pegawai KWSP di kaunter. Proses permohonan saya diluluskan selepas 5 hari.
Nampak senang…tapi memang senang pun. Cuma diri sendiri yang berdebar² risau takut tersilap isi tersilap tulis.
Borang KWSP 9C juga boleh dicetak melalui laman web KWSP – http://www.kwsp.gov.my atau minta untuk dihantar melalui alamat e-mel.