public-gold-logo-maroon
Public Gold – Gold Accumulation Program
Home » Gold Accumulation Program (GAP)  »  Public Gold – Gold Accumulation Program
Public Gold – Gold Accumulation Program

Ramai orang nak simpan emas, tapi takut nak simpan sendiri. Kalau masuk Akaun Emas di bank, kebanyakkannya tak patuh syariah. Yang patuh syariah cuma Kuwait Finance House (KFH) dan Al Rajhi jer. Kalau nak sewa safe deposit box pun bukan mudah untuk sesetengah tempat. Jadi masalah tempat simpan selalu jadi ‘penghalang’ untuk sesetengah orang mula menyimpan emas. Masalah kedua, nak beli emas tapi modal kecil. Bajet cuma sekitar RM150 – RM200 jer sebulan.

Alhamdulillah, lepas memerhati masalah ni, Public Gold melangkah setapak lagi dengan melancarkan produk terbaru yang dinamakan Gold Accumulation Program (GAP). GAP sebenarnya nak bantu lebih ramai orang memulakan simpanan emas dengan cara yang lebih mudah. Selesai masalah kat mana nak simpan, dan selesai masalah bajet kecil untuk bermula.

Program GAP Ala “Akaun Emas”

GAP tu saya nampak lebih kurang sama kaedah dengan Akaun Emas yang ditawarkan KFH. Kita boleh beli emas, dan KFH simpankan emas untuk kita secara percuma. Bila-bila masa nak keluarkan emas tu, kita boleh keluarkan dalam bentuk fizikal serendah 1 gram.

Cuma kelebihan Public Gold GAP, kita boleh mula walaupun dengan bajet 1 gram. Dibandingkan dengan KFH, belian pertama mesti 10 gram. Dan GAP kita boleh keluarkan semua emas tu. Tak perlu tinggalkan baki minimum dalam akaun sebagaimana KFH kena tinggalkan baki minimum 2 gram.

GAP-Public-Gold

Kemudahan GAP Public Gold

Secara ringkasnya, ini kemudahan GAP Public Gold untuk penyimpan emas:

  • Boleh beli emas ketulenan 999.9 dengan bajet minimum 1 gram.
  • Simpan emas dengan Public Gold secara percuma! Tiada yuran simpanan dikenakan.
  • Boleh tambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
  • Boleh keluarkan emas fizikal (gold bar 999.9) serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh Malaysia tanpa had.
  • Tiada syarat wajib tinggalkan baki minimum. Boleh keluarkan semua emas yang kita simpan tu pada bila-bila masa.
  • Uruniaga 24 jam sehari, 365 hari setahun. Boleh beli secara online, dan jual pun secara online.
  • Setiap pengeluaran emas fizikal di cawangan luar Penang akan dikenakan caj “transportation cost” sebagaimana beli emas fizikal Public Gold yang lain. Kalau tak keluarkan emas tu secara fizikal, tak ada transportion cost dikenakan.

10g monthly Gold bar LBMA 1 gram Public Gold.

Pembelian peribadi 10g pada setiap bulan. Sasaran nak withdraw dalam bentuk fizikal apabila cecah 100g

Perbandingan GAP dan Akaun Emas KFH

Kalau akaun emas yang ditawarkan di bank, bagi saya KFH paling bagus buat masa ni. Sebagai perbandingan, ciri-ciri GAP Public Gold hampir sama seperti Akaun Emas KFH. Bezanya cuma:

#1 – Ketulenan Emas : Emas KFH berketulenan 995, emas Public Gold berketulenan 999.9. Maksudnya, emas Public Gold lebih tulen. (kekurangan KFH)

#2 – Pembelian Pertama : Pembelian emas KFH mesti bermula dengan 10 gram, tapi emas Public Gold boleh bermula dengan 1 gram. (kekurangan KFH)

#3 – Susut Nilai : Susut nilai KFH 6.0% untuk semua saiz emas, tapi Public Gold berbeza mengikut saiz gold bar yang dikeluarkan. Bermula dengan 1 gram (8%), 10 gram (8%), 20 gram (6%), 50 gram (5.5%), 100 gram (5%), 250 gram (4.5%) dan 500 gram (4.5%). (kelebihan KFH kalau keluarkan emas bersaiz kecil)

#4 – Syarat Pengeluaran : KFH tak boleh keluarkan semua emas yang kita simpan. Mesti biarkan baki minimum 2 gram. Kalau keluarkan semua, akaun tu dianggap ditutup. Bila nak buka balik akaun, kena start semua pembelian 10 gram. Public Gold boleh keluarkan semua emas tanpa berbaki walaupun 1 gram, cuma kalau tak tinggalkan 1 gram, akaun GAP kita dianggap tidak aktif. Bila nak aktifkan semula, Public Gold kenakan caj RM20. (kekurangan KFH)

#5 – Pengeluaran Interbranch : Syarat maksimum pengeluaran emas fizikal KFH di “interbranch” cuma 50 gram setiap tempoh 3 bulan. Emas Public Gold tiada had untuk keluarkan emas fizikal di mana-mana cawangan seluruh Malaysia pada bila-bila masa. (kekurangan KFH)

#6 – Caj Pengeluaran – KFH tiada apa-apa caj semasa pengeluaran emas fizikal. Public Gold, sebarang pengeluaran emas di mana-mana branch luar Penang dikenakan caj “transportation cost” yang minimum. (kelebihan KFH)

#7 – Syarat Belian Balik : Emas KFH berseal kekal. Kalau seal rosak, atau dibuka, KFH tak terima lagi emas tu. Kita terpaksa jual dikedai emas sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Maksudnya, emas KFH tak boleh dipajak. Emas Public Gold tak ada masalah sebab ia diletakan dalam casing yang boleh dibuka. Bahkan kalau emas tu calar, kemek, atau bengkok sekalipun Public Gold tetap beli pada harga tinggi sebagaimana harga PG Buy di website Public Gold. (kekurangan KFH)

#8 – Waktu Urusniaga : Urusniaga beli dan jual KFH terhad waktu pejabat. Public Gold urusniaga 24 jam sehari, 365 hari seminggu. Beli secara online, jual pun secara online. (kekurangan KFH)

gap

Siapa Yang Bermanfaat Dengan GAP?

Saya nampak, GAP Public Gold ni sangat bermanfaat bagi siapa yang:

  1. Nak mulakan simpanan emas, tapi bajet kecil.
  2. Nak simpan emas, tapi risau nak simpan sendiri.
  3. Nak beli emas Public Gold, tapi menetap di overseas atau tinggal di tempat yang jauh dari pejabat Public Gold.
  4. Nak beli emas secara konsisten dengan bajet sekitar RM150 – RM200 sebulan.
  5. Boleh jadi alternatif simpanan masa depan anak-anak dengan bajet RM150 – RM200 sebulan setiap anak.

Wassalam.

Hafizul Hakim Master Dealer PG000839 019-8884452