Apa itu spread margin?

“Apa itu spread margin?”

Spread adalah perbezaan antara jumlah PG Sell dan PG Buy.

Capture

Contohnya 1 dinar pada masa artikel ini ditulis harganya adalah RM551. Ini adalah harga Public Gold jual kepada pelanggan. Kalau nak jual semula, pelanggan akan rujuk harga PG BUY.
Kalau nak jual pada hari yang sama, harga yang Public Gold ambil adalah RM518.
Beza antara kedua-dua harga disebut SPREAD MARGIN. 
Untuk kira spread dan peratusan spread seperti berikut:

PG SELL – PG BUY

RM551 – RM518 = RM43.00
(%) Peratusan spread = RM43/(RM551 x 100%) = 6%

Jadi 6% ini adalah spread bagi 1 dinar.

Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 20% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas. Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, barang kemas sudah dipakai. So, spread di sini telah menjadi 18%.
Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold.
Di bawah ini saya tunjukkan spread margin bagi setiap produk Public Gold:


Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost. 

Tanyakan ini:

“Tokei, katakan saya jual semula rantai emas ini nanti, berapa harga you kasi saya?”

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan ilmu ini.

1 thought on “Apa itu spread margin?

Leave a Reply

%d bloggers like this: