public-gold-logo-maroon
Apa itu spread margin?
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Apa itu spread margin?
Apa itu spread margin?

Apa itu spread margin?

Spread adalah perbezaan antara jumlah PG Sell dan PG Buy.

Contohnya Abu beli emas 10 gram pada 2 Januari 2015. Kalau nak beli emas, Abu rujuk PG Sell iaitu RM1,404. PG Sell adalah harga Public Gold jual emas kepada pelanggan. 5 tahun kemudian iaitu pada tahun 2020. Abu perlukan wang dan nak jual emas 10 gram. Dia buka website Public Gold dan rujuk harga PG BUY. Harga emas kalau dia nak jual untuk dapat keuntungan ialah RM2,409! Untung sebanyak RM1,000+ atau kenaikan sebanyak 71.58% dalam masa 5 tahun. Beza antara kedua-dua harga PG SELL dan PG BUY disebut SPREAD MARGIN.  Rumus untuk kira peratusan spread margin seperti berikut:

Berikut adalah jadual spread margin emas Public Gold.

Melalui jadual di atas kita dapat rumuskan bahawa, semakin berat emas dibeli maka semakin kecil susut nilai. Faktor yang memang sangat perlu di ambil kira. SUSUT NILAI DI KEDAI EMAS
  • Jika anda membeli emas di kedai emas, nilai spread adalah antara 20% hingga 40%. Contohnya, awal tahun ini, saya ada menjual barang kemas di kedai emas.
  • Harga diambil adalah 13% kurang daripada harga jual. Ditambah lagi 5% dengan alasan, resit hilang.
Jadi, spread margin keseluruhan di sini telah menjadi 18%.
Tetapi di Public Gold, walaupun anda pegang, kemek, calar, tidak menjadi masalah kerana Public Gold tidak menambah nilai spread tersebut. Ianya kekal seperti dipaparkan dalam website Public Gold. Tips Tambahan:

Jika anda ingin tahu berapa spread margin kedai emas. Simple je caranya.

Semasa di kedai anda lihat harga jualan di dinding kedai + workmanship cost. 

Tanyakan ini:

"Tokei, katakan saya jual semula rantai emas ini nanti, berapa harga you kasi saya?"

Dari harga yang diberikan anda sudah dapat mengira peratus (%) spread margin barang kemas di kedai.

Semoga ilmu ini bermanfaat buat anda semua.

Terima kasih kerana meluangkan sedikit masa untuk mendapatkan ilmu ini.

Begitulah. Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta Telegram Channel rasmi: https://t.me/MrHafizulHakim