Ramai yang pernah tertipu dengan SKIM pelaburan emas tanya saya, apa nak buat dengan emas yang ada tu? Dulu company janji pulangan tetap secara bulanan, tapi sekarang company dah tutup diserbu Bank Negara. Walaupun emas tu dibeli pada harga 15% – 20% lebih tinggi daripada harga pasaran waktu tu, tapi dia masih bernasib baik sebab emas masih ada di tangan. Ada orang yang tak sempat pun dapat emas tu. Emas tak dapat, duit pun lesap.
Bagi yang ada gold bar yang senasib macam Genneva, anda boleh trade in emas tu kepada emas Public Gold melalui Promosi X-Plan. Ia lebih untung berbanding jual di kedai emas sebab kedai emas akan potong 25% daripada harga semasa.
Sebagai perbandingan, boleh rujuk kira-kira yang saya buat di bawah ni:
- Jual di Kedai Emas
- Trade-In Dan Simpan
- Trade-In Dan Jual
- Trade-in Dan Jadi Dealer
Untuk illustrasi ni, saya buat kiraaan untuk trade-in gold bar 999.9 keluaran Genneva, berat 100 gram kepada emas Public Gold. Harganya mengikut harga semasa kedai emas dan emas Public Gold pada 19 December 2014.
Harga rujukan untuk pengiraan dalam illustrasi ini.
#1 – Jual Gold Bar di Kedai Emas
Kalau jual di kedai emas, gold bar tu akan kira sebagai used gold (emas terpakai). Kedai emas akan tolak 25% dari harga semasa. Harga hari ni, RM150 segram. Maksudnya, anda dapat jual gold bar tu pada harga RM135 per gram i.e. RM150 x (100% – 25%).
Maka anda dapat tunai RM11,250 (RM112.50 x 100 gram)
#2 – Trade-In dan Simpan
Kalau trade-in gold bar 999 jenama lain kepada Public Gold, emas tu akan dinilai pada harga “PG Buy” gold bar Public Gold 10 gram. Harga sekarang ni ialah RM130.00 segram. Jadi, anda akan dibayar dengan voucher RM13,000 (RM130.00 x 100 gram). Dengan voucher tu, anda boleh beli mana-mana emas Public Gold pada harga “PG Sell”.
Katakanlah anda gunakan voucher tu untuk beli 1 dinar (RM552) x 24 keping = RM13,248. Anda cuma perlu top-up sikit RM248.
Maka anda dapat 24 keping 1 dinar (Voucher RM13,000 + kena top-up tunai RM248)
#3 – Trade-In dan Jual
Kalau anda nak jual emas tu, jangan terus jual sebab Public Gold pun akan tolak 25% dari harga semasa. Jadi kalau nak dapat harga tinggi, trade-in dulu, lepas tu terus jual. Gunakan Voucher RM13,000 tu untuk beli item emas Public Gold yang susut nilai paling rendah. Saya ulang lagi sekali, pilih item yang susut nilai paling rendah sebab anda nak dapat harga tertinggi bila jual balik nanti.
Antara item yang boleh anda pertimbangkan ialah kombinasi:
- Coin 10 dinar (RM5,473) x 2 keping = RM10,946
- Coin 1 dinar (RM552) x 4 keping = RM2,208
- Jumlah = RM13,154
Maksudnya, anda perlu top-up RM154 (RM13,154 jumlah belian – RM13,000 voucher) untuk belian tersebut.
Lepas trade-in, anda boleh terus jual. Harga jualan rujuk pada harga “PG Buy”. Pengiraannya:
- Coin 10 dinar (RM5,199) x 2 keping = RM10,398
- Coin 1 dinar (RM519) x 4 keping = RM2,706
- Jumlah jualan balik = RM12,474
- Jumlah tunai = RM12,474
Maka, anda dapat tunai RM12,474.
#4 – Trade-in Dan Jadi Dealer
Kalau anda trade-in bernilai lebih RM30,000, maka anda automatik jadi dealer Public Gold. Kalau trade in cuma RM13,154, anda boleh top-up belian sampai cukup RM30,000.
Sebagai dealer Public Gold, anda dapat rebat dan komisyen seperti berikut:
- Rebat belian sendiri 1.0%
- Rebat jual balik emas kepada Public Gold 0.5%
- Komisyen recommend orang lain membeli dengan Public Gold 1.0%
Jadi, bila anda jadi dealer Public Gold, anda akan dapat nilai yang lebih tinggi kalau Trade-in dan Jual sebagaimana Pilihan #3. Nilai tunai yang anda akan dapat seperti berikut:
RM13,154 + RM132 (1% rebat belian) + RM45 (0.5% rebat jualan balik) = RM13,331
Maka, anda dapat nilai tunai RM13,331.
Rebat dan komisyen 1.0% tu adalah kelayakan jika jumlah trade-in dan belian semula cukup RM30,000. Kalau cukup RM100,000, anda layak dapat 1.5%. Kalau RM1,000,000, anda layak dapat 2.0%. Komisyen dan rebat tu dibayar oleh Public Gold untuk belian trade-in tu, dan belian-belian seterusnya. Duit tu akan dibayar pada setiap 20hb bulan berikutnya.
Ok, antara 4 pilihan tu, bagi saya, pilihan #4 tu yang terbaik sebab anda boleh manfaatkan posisi sebagai delaer emas Public Gold untuk menjana lebih banyak keuntungan. Kalau anda tak cukup modal untuk jadi dealer Public Gold, maka Pilihan #3 (Trade-in Dan Jual) adalah lebih baik berbanding jual gold bar tu di kedai emas.
Mudah-mudahan perkongsian ni membantu anda meminimumkan kerugian dan seterusnya menjana keuntungan, insyaAllah.