public-gold-logo-maroon
5 cara kreatif mendapatkan sumber wang deposit rumah baru
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  5 cara kreatif mendapatkan sumber wang deposit rumah baru
5 cara kreatif mendapatkan sumber wang deposit rumah baru

Mendapatkan wang deposit pendahuluan adalah satu perkara yang paling sukar untuk memiliki rumah baru. Terutamanya jika ianya dalah rumah pertama anda.  Seperti yang anda tahu, kebanyakan bank hanya akan membiayai kos kediaman anda sebanyak 90% sahaja (maksima).

Jadi baki 10% kebiasaan akan dibayar oleh pembeli sebagai tanda komitmen dan penunjuk kemampuan. Bagaimana jika anda mampu dan layak tetapi deposit itu tidak dapat disediakan? Baiklah… ada beberapa cara yang dapat dilakukan. Ikuti saranan dan tip paling kreatif untuk mendapatkan duit muka atau deposit awal hartanah anda.

Halifax_mortgage_2_1707663b

1. Simpan Emas Mulai Sekarang - Andaikan harga hartanah ketika ini berharga RM400,000 maka anda memerlukan sekitar RM40,000 sebagai deposit permulaan (10% dari harga hartanah). Konsep yang seringkali saya gunakan adalah dengan convert nilai duit dengan nilai emas.

Sebagai contoh ketika ini dengan RM40,000 anda dapat membeli sekitar 300 gram. Dengan 300 gram, insya Allah cukup untuk anda jadikan sebagai deposit walaupun dari tahun ke tahun. (walaupun pembelian rumah tertangguh, deposit dalam ukuran emas tetap sekitar 300 gram - harga emas turut meningkat dalam jangka masa panjang.). (View Harga Emas Public Gold)

2. Gunakan liabiliti anda convert jadi duit – Sebagai contoh menjual aksesori kereta yang tidak digunakan atau koleksi-koleksi pakaian/novel yang tidak lagi dipakai untuk mendapatkan wang. Banyak cara anda boleh menjual secara offline dan online kepada kawan-kawan atau kumpulan.

Hendak lebih mudah banyak laman-laman portal pengiklanan yang anda boleh gunakan untuk menjual barang terpakai secara online seperti ebay.com.my, lelong.com.my, mudah.my, mysimplifieds.com atau timestreets.com kesemua laman-laman web itu adalah portal pengiklanan percuma di Malaysia dan ramai yang telah mendapat manfaat dari portal-portal seperti ini. Jual apa sahaja dari barang moden hingga koleksi-koleksi antik asalkan anda tidak  memandai-mandai menjual kesemua pasu-pasu bunga kesayangan nenek anda… Kesian lah kat dia kawan…

3. Insuran - Ambil insuran yang memberi anda pulangan berganda mengikut tempoh tertentu. Selain dari melindungi dan melabur setiap 2-3 tahun sekali anda akan mendapat bonus mengikut caruman anda setiap bulan. Jika dirasakan perlu … anda juga boleh menyerahkan segala nilai insuran itu untuk mendapatkan tunai dan sekaligus dapat membiayai deposit hartanah anda.

Jangan pula anda dengan sengaja mematahkan kaki anda dan claim insuran untuk tujuan ini. Cara itu amat bahaya…

4. Simpanan KWSP - Jika anda pembeli hartanah buat kali pertama, anda boleh mengeluarkan wang simpanan pekerja untuk membiayai 10% dari deposit rumah baru. Semak baki akaun 2, dan carilah mana-mana hartanah yang bersesuaian dengan nilai akaun itu. (Anda boleh print out penyata di kiosk KWSP di bank-bank berdekatan dengan anda. Cuma perlukan IC dan cap jari anda).(Lihat KWSP)

5. Tabung Haji & ASB - Menabung dengan TH & ASB adalah satu cara mudah bagi mendapatkan wang muka. Jika anda mensasarkan hartanah yang berharga RM500,000 anda hanya perlu meletakkan simpanan RM1,000 setiap bulan secara konsisten.

Mengikut unjuran kalkulator saya ini, jika anda mula menyimpan pada awal tahun 2010… pada akhir 2013 anda akan mempunyai RM52,226.59 sebagai wang deposit 10% setelah empat tahun menyimpan. Jadi apa tunggu lagi? Mula lah menabung dengan Tabung Haji & ASB.