public-gold-logo-maroon
Tips Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin
Home » Saving  »  Tips Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin
Tips Pengurusan Kewangan Bagi Pasangan Baru Berkahwin

Banyak pasangan terjebak dalam kesibukan majlis sebelum dan semasa pernikahan dengan hanya mempersiapkan majlis pernikahan atau kenduri perkahwinan dan lupa bahawa ada kehidupan selepas perkahwinan yang juga perlu dipersiapkan dengan lebih serius. Salah satunya adalah masalah kewangan.

Berikut beberapa tips bagi anda yang akan berkahwin atau baru saja menjalani pernikahan.

1 . Tulis tujuan yang ingin anda berdua capai

Pastikan pasangan anda tahu keadaan kewangan anda (pendapatan , hutang,perbelanjaan) . Selepas itu, tetapkan matlamat jangka panjang. Sebagai contoh , adakah anda ingin bersara di usia tertentu? Adakah anda ingin mengelakkan hutang? Tentu ia memerlukan rancangan terperinci untuk tujuan jangka panjang tersebut .

2. Berapa akaun bank yang anda perlukan

Suami isteri digalakkan membuka satu akaun khas yang boleh diakses oleh keduanya. Ini akan menjaga kepercayaan dalam perkahwinan. Boleh juga menggunakan akaun peribadi masing- masing. Pembelanjaan dengan kedua-dua kaedah tersebut tentunya berbeza. Dengan kaedah pertama, semua transaksi pembelanjaan tercatat dalam satu akaun. Sebaliknya , ada dua catatan transaksi jika anda memutuskan menggunakan kaedah kedua. Pastikan ada pembahagian jumlah dan tanggungjawab yang tepat. Misalnya suami membayar ansuran rumah dan kenderaan sedangkan isteri menggunakan wang untuk membeli keperluan sehari -hari.

3. Dana Kecemasan, Pelaburan Jangka Panjang, dan Duit Persaraan

Jika anda belum memilikinya , jadikan ini keutamaan pertama dalam kewangan anda. Dana atau duit kecemasan perlu disediakan untuk hal- hal yang tidak anda duga seperti pemberhentian kerja , keluarga yang sakit teruk, bencana alam, atau keperluan mengejut yang tidak boleh ditangguhkan . Dengan mengasingkan dana kecemasan untuk keperluan sekurang-kurangnya 6 bulan ke depan, kewangan anda akan terjaga dan hubungan perkahwinan anda juga.

Memilih pelaburan jangka panjang boleh dirujuk kepada rakan yang lebih dulu berpengalaman. Jika ingin risiko kecil mulailah dengan tabungan yang berskala kecil. Sama juga dengan dana pencen. Walaupun anda berdua hanya mengasingkan jumlah kecil setiap bulan, namun dalam puluhan tahun ke depan dana tersebut sudah boleh anda nikmati semasa pencen. Wang KWSP dan wang pencen juga boleh digunakan dengan dana tambahan yang anda simpan untuk kegunaan di hari tua anda.

4. Menetapkan bajet bulanan

Tentukan berapa jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan setiap bulan. Hal ini dilakukan untuk mengelakkan hutang. Untuk menentukan jumlahnya, mulai dengan mencatat pengeluaran dalam satu bulan. Tulis secara terperinci bermula dari keperluan pokok seperti:

  • makanan
  • sewa atau ansuran rumah
  • pengangkutan
  • Bajet makan di luar
  • Hiburan eg menonton di pawagam.

Lakukan ini selama beberapa bulan dan anda akan mendapat gambaran berapa bajet perbelanjaan bulanan anda. Jangan lupa peruntukan untuk perbelanjaan yang tidak rutin dan tak terduga seperti servis kenderaan .

5. Buat perbincangan tentang kewangan secara rutin

Mesyuarat ini bukan hanya akan menolong anda menetapkan kedudukan kewangan keluarga, namun juga menguatkan hubungan suami isteri sebagai satu pasukan dalam menghadapi masalah yang kemungkinan besar berlaku dalam kehidupan kewangan anda. Komunikasi yang terjalin dalam mesyuarat akan membina kepercayaan suami isteri serta menolong masing- masing agar berhenti bimbang tentang wang . Sangat bagus jika perbincangan kewangan diadakan setiap seminggu sekali.

6. Keluar dari Hutang dan Tetap Elakkan Hutang

Bincangkan secara khusus tentang bagaimana membayar hutang. Seseorang boleh jatuh sakit gara- gara mempunyai hutang. Tetapi mengelakkan hutang tidak hanya membuat anda terhindar dari sakit, namun juga dapat elak pertelingkahan terhadap pasangan anda. Kesihatan fizikal anda berdua akan mewujudkan perkahwinan yang sihat juga. Untuk boleh menjadi pasukan yang baik , suami dan isteri perlu punya pemahaman yang sama dalam hal mengatur kewangan.

Semoga tips ini memberi manfaat buat anda dan keluarga tercinta!

Quicktips:

Download Apps wallet di Iphone or Android:

Apps ini banyak membantu dari segi tracking perbelanjaan anda!
Apps ini banyak membantu dari segi tracking perbelanjaan anda!