Kad Kredit
- Membayar baki minimum sahaja setiap bulan.
- Baki tertunggak meningkat setiap bulan.
- Telah menggunakan kad pada had maksimum.
- Kerap mengambil pendahuluan wang tunai.
- Tidak membayar atau lewat membuat bayaran.
- Kad kredit dibatalkan oleh pihak bank
“Baki tertunggak meningkat setiap bulan ... tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.”
Pinjaman
- Kerap menggunakan overdraf atau kemudahan pinjaman automatik daripada akaun semasa.
- Menerima notis bayaran daripada pemiutang kerana tidak membayar hutang.
- Gagal mendapat pinjaman kerana laporan kredit tidak memuaskan.
- Meminjam wang daripada keluarga atau kawan untuk membayar hutang.
- Kerap kali dihubungi oleh pihak pemungut hutang.
- Hidup semata-mata bergantung pada pendapatan bulanan.
- Bergantung kepada kerja sampingan, kerja lebih masa, komisen atau bonus untuk membiayai sara hidup.
- Tidak mengetahui berapa banyak hutang sehinggalah penyata diterima.
- Kerap kali bertengkar dengan pasangan mengenai wang.
- Menggunakan simpanan pada kadar yang membimbangkan.
- Mempunyai sedikit ataupun tidak langsung simpanan untuk menangani perbelanjaan kecemasan.