Semasa pakai kereta mahal :
- Dapat gaji terus bayar kereta dulu, jangan tangguh. Kadang-kadang bayar untuk 2 bulan advance. Malu weh kalau kena tarik nanti.
- Kereta kena selalu basuh, sebulan sekali kasi wax... siap jadi ahli rm600 setahun. Malu weh kereta mahal tapi kotor bolo kotor.
- Pasang tinted mahal kalis pecah (waktu tu produk baru, siap pasang rm2800). Malu weh kalo pakai tinted cap ayam.
- Rim tayar kasi tukar sport rim 17inchi. Malu weh apa barang pakai standard.
- Bodykit mesti pasang. Malu weh kalau kereta mahal tak nampak sporty.
- Player dvd,Woofer kasi pasang. Malu weh kalau bunyi tak power.
Sometimes, tak semua perkara sesuai dengan keadaan kewangan setiap orang. Bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri..."Beli je kereta/motosikal biasa-biasa jer. Orang lain mana tahu sama ada dalam hati kita tengah senang/susah/berdebar apa yang kita bawak. Mungkin orang tu bawa motosikal jer, tapi dalam hati dia tenang, tak stress sebab tiada bebanan hutang, masalah kewangan etc."
Inilah akibat penyakit 'nanti apa orang lain kata...' kredit buat Tuan Shamsuddin Kadir, ilmunya membuatkan diri aku berfikir...