Alhamdulillah kali saya berkesempatan untuk menghadiri seminar hartanah yang dikendalikan oleh ikon hartanah terkenal dari semenanjung iaitu Abang Ensem @ Encik Meor.
Selama ini, jujur saya katakan segala tindak-tinduk penceburan saya dalam bidang hartanah hanya melalui buku yang ditulis oleh Tuan Azizi Ali (appendix page). Buku seperti Jutawan Hartanah dan sebagainya.
Dari situ saya dan isteri "try & error" membeli apartment di Kota Samarahan sebuah demi sebuah sehingga sehingga ada beberapa buah ketika ini..
Dan selepas dari itu kami "stuck" sebab dah approach limit pemilikan hartanah base on gaji di payslip.
Bawa pergi bank sume kate "I'm sorry, your DSR ratio already too high"..
Di sinilah saya mula mencari bagaimana untuk mengembangkan lagi pemilikan property kerana payment flow cantik, tiada rekod CCRIS dan sebagainya. Sebab dalam buku Azizi Ali takde tunjuk untuk langkah seterusnya melainkan saya kena resign and setup business sendiri 😉
Dalam pencarian itulah saya tertarik dengan pendekatan yang ditonjolkan oleh Abang Ensem, Faizul. Gaya penerangan mereka agak simple, straight forward dan menarik minat muda-mudi untuk melabur dalam bidang property.
Antara topik-topik yang di kongsi dalam seminar ini adalah:
- Sesi AE - tips mencari hartanah below market price, tips documentation profile, bagaimana mendapatkan diskaun dan harga murah, perkara-perkara penting perlu diambil kira before decide membuat pembelian hartanah and etc.
- Sesi Narahar - Dokumen Pinjaman Bank
- Sesi Syahnaz Akhtar - Bagaimana membuat untung dengan sublet, beza homestay & sublet, cara membuat sublet and etc. <- yang ni first time "term" sublet saya tahu dan faham. Terus tak dapat tidur malam!
RM155 sangat murah nilainya compare to ilmu yang anda peroleh daripada seminar ini. Ilmu yang di share ini dapat menjimatkan pembelian property anda sehingga puluhan ribu ringgit.. So, RM155 untuk full package takde mende sangat..
Ilmu yang AE and team sampaikan sangatlah hensem, lebih hensem dari kehenseman Abang Ensem tu sendiri 😉