public-gold-logo-maroon
Kisah Jurutera Berpendapatan RM 20,000 Sebulan Tersontot oleh ASB-Loan
Home » Saving  »  Kisah Jurutera Berpendapatan RM 20,000 Sebulan Tersontot oleh ASB-Loan
Kisah Jurutera Berpendapatan RM 20,000 Sebulan Tersontot oleh ASB-Loan

Ini adalah dari status Facebook Tuan Faizul Ridzuan, penulis buku WTF ? 23 Properties by 30.

wtf

Ada hamba Allah ni yang bekerja sebagai engineer di syarikat minyak datang berjumpa saya semalam untuk sesi 1-on-1. Pendapatan beliau RM20k sebulan, komitmen tak tinggi dan baru-baru ini beliau nak buat loan pembelian hartanah baru yang harganya cuma 100k ( komitmen ansuran bulanan cuma RM500) .

Beliau dapat kejutan kerana permohonan loan rumah baru tu kena reject. Beliau rasa hairan sebab CCRIS cantik dan pendapatan pun memang ok.

Bila saya tengok CCRIS report hamba Allah ni, saya dapati beliau ada ASB loan RM200k. Lepas kira-kira, baru beliau faham kenapa walaupun gaji beliau tinggi, nak pinjam 100k untuk beli rumah pun susah sebab ASB loan. Terkedu sebentar beliau lepas dengar penjelasan saya sebab dia cakap ejen jualan ASB loan ni cakap ASB loan takkan kacau CCRIS beliau.

Apapun saya berikan beliau cara untuk melepaskan diri dari masalah ini dan tunjukkan cara bagaimana dia boleh bina portfolio bernilai RM6 juta dengan pendapatan saraan RM28,000 sebulan. Bukan susah kalau tahu cara nak buat.

Sebab inilah saya memang tak galakkan orang yang nak bergiat aktif dalam membina portfolio hartanah mengambil ASB loan awal-awal. So saya minta kawan kawan berhati-hati bila nak buat ASB loan terutamanya mereka yang nak beli hartanah dalam masa terdekat.

ASB loan kalau anda tengok dalam laporan CCRIS anda, ia akan dilabelkan sebagai personal loan. Kalau anda ambil loan ASB RM 200k, akan ada beberapa bank ( bukan semua bank) yang akan kira minimum komitmen bulanan anda 5% dari total loan exposure, seperti berikut :

Monthly repayment : RM200,000 loan x 5% : RM10,000.

  • So kalau komitment bulanan dari ASB loan dikira sebagai RM10,000 seperti kes di-atas, memang susah la kalau nak ambil loan rumah baru.
  • Saya juga nak jelaskan yang saya bukannya anti-ASB loan. Tetapi, kalau anda nak melabur dalam hartanah dan nak buat pinjaman bank, kena faham apa implikasi ASB loan kepada anda.
  • Ada beberapa cara yang anda boleh pakai untuk melabur secara selamat dalam hartanah walaupun mahu atau sudah ada ASB loan.

Cari ilmu, baru melabur.