Faktor utama mengapa emas keluaran Public Gold mendapat pengecualian GST sebanyak 6% dari Kastam Di Raja Malaysia ialah produk emedapat pengiktirafan daripada London Bullion Market Association (LBMA).
Apa Itu LBMA?
LBMA nama panjangnya adalah London Bullion Market Association. LBMA merupakan badan yang menyelia pasaran emas dan perak borong di London, England iaitu pusat perdagangan emas fizikal dunia.
LBMA meletakkan standard piawaian tertinggi dalam penapisan, memperbaiki standard, mendokumentasi dan menyimpan jongkong emas dan perak untuk diedarkan di “Harga spot” di pasaran profesional.
LBMA ialah persatuan perdagangan antarabangsa, yang mewakili pasaran London untuk jongkong emas dan perak yang mempunyai pelanggan tetap di peringkat global.
LBMA ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh ‘Bank of England’ dengan keahlian sehingga kini sekitar 145 syarikat dari 21 buah negara seluruh dunia dari pelbagai sektor antaranya pelombong, bank, pelabur, pelebur, pembekal dan pengilang.
Antara syarikat yang diakreditasikan oleh LBMA adalah syarikat pengeluar emas dan perak terbesar Turki dan merupakan satu-satunya syarikat pengeluar emas di Turki yang tersenarai LBMA iaitu Nadir Metal Rafineri, NMR.
Dan ini sijilnya. Boleh download terus dari website LBMA atau klik di sini: Nadir Metal Certificate
SIAPA NADIR METAL REFINERY?
Inilah pengasas kepada Nadir Metal Refinery (NMR), seorang Billionair Muslim dari Turki bernama Nadir Tutuncu.
Dengan adanya LBMA emas Public Gold diakui di seluruh dunia. Jadi, tak hairanlah bila kita bawa emas Public Gold di merata dunia pun, mereka ambil tanpa ragu.
Memulakan perniagaan scrap gold sejak tahun 1967. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan Nadir Metal Refinery San. Tic. Ltd. Sti.
The following is a list of refiners recently accredited to the LBMA’s Good Delivery List for gold and/or silver, with effect from the dates shown.
First Listing of Refinery: 08/12/2011
Refinery Location: Bahçelievler
Country: Turkey
Listing Date of Current Bar: 08/12/2011
Last PAM Activity: December 2011
Current Bar Mark: NAD_R METAL RAFINERI GOLD within rectangle and assay mark is ASSAYER NADIR below an arc.
2012
9 Aug - Doduco GmbH (silver)
20 Jun - Nadir Metal Rafineri San. Ve Tic. A.Ş. (silver)
24 Jan - PX Précinox SA (gold)
2011
28 Dec - Jiangxi Longtianyong Nonferrous Metals Co., Ltd (silver)
8 Dec - Nadir Metal Rafineri San. Ve Tic. A.Ş. (gold)
8 Sep - Istanbul Gold Refinery (gold)
14 Apr - Royal Canadian Mint (silver)
KERJASAMA ANTARA PUBLIC GOLD DGN NADIR METAL REFINERY
Saya sendiri telah berpeluang untuk datang ke kilang emas Nadir Metal Refinery di Istanbul, Turki pada tahun 2016 bersama SIP Qualifier yang lain, anda boleh klik link ini.
Saya bersama billionair Emas Turki iaitu Mr Nadir Tutuncu serta pengasas Public Gold iaitu Dato' Wira Louis Ng
Atas sebab inilah, Public Gold memilih Nadir Metal Refinery sebagai pengeluar emas jenama Public Gold.
Harga emas Nadir Metal Refinery yang murah, kualitinya yang tinggi serta pengiktirafan antarabangsa dilihat mampu memberikan keuntungan yang maksima kepada pelanggan Public Gold.
Untuk lihat emas Public Gold, sama ada tulen atau tidak, kita boleh semak di bahagian belakang sijil emas Public Gold seperti dalam gambar.Setiap emas yang ada lambang LBMA dan Nadir Metal Rafineri, semua emas tersebut bebas dari GST. Mendapat pengecualian GST sepenuhnya.