Selepas berita tentang HQ UFUN diserbu semalam, ramai pula yang PM saya bertanyakan macam-macam skim, Mecca Fund, ARBA, PowerGold, AJBelaga, Neelofa, Fazura dan segala macam skim-skim pelaburan.
Sebabnya, saya sudah perkatakan tentang UFUN sejak tahun lepas lagi.
Yang selama ini saya dedahkan, dan kemudiannya terbukti ia skim cepat kaya seperti emas delay Tok Belagak, YSLM, UFUN dll - bukan sebab saya boleh meramal masa depan, tapi hanya guna logik akal yg waras.
Dan saya bukanlah ada masa sangat hendak mengkaji semua skim-skim tersebut.
Saya tak tahu detail program ini dan tak larat nak ambil tahu, sebab banyak sangat PM soalan-soalan tanya skim itu skim ini, sebab saya pun ada banyaaaak kerja lain, sebab lagi pun dah banyak kali saya sebut tentang bendalah ni...
Jika boleh bagi jaminan melebihi 10% pulangan setahun - pun dah tidak logik. Apatah lagi kalau pulangan skim cepat kaya dijanjikan adalah 20% sebulan!
Untukk program ini, dan mana-mana program yang memberi JAMINAN pelaburan yang "too good to be true", elok fikir sebanyak 12,678 kali sebelum sertai.
Tidak kira apa namanya, UFUN, ARBA, Meccafund, ETA, CGAT, GWGX, Takaful, Unit Amanah, Neelofa, Fazura - jika ia memberi JAMINAN PULANGAN dengan ROI yang tinggi 50% hingga 100% setahun - mempunyai CIRI SKIM CEPAT KAYA.
Tidak perlu ada PhD, tidak perlu ada IFP, tidak perlu membuat kajian RND, tidak perlu membuat siasatan CSI dll - TIDAK PERLU SEMUA INI.
Hanya perlu tanya, adakah ia "TOO GOOD TO BE TRUE"?
Jika YA, maka jauhkanlah.
Tak faham TOO GOOD TO BE TRUE?
Kalau pelaburannya DIJAMIN PULANGANNYA sehingga boleh mencecah 50%, 100%, 150% setahun - ini adalah sesuatu yang tidak masuk dek akal.
Fikir 12,768 kali sebelum sertai.
Berhati-hati, kawan...
[Petikan Status FB Afyan Mat Rawi]