public-gold-logo-maroon
Beli kereta guna duit orang…
Home » Saving  »  Beli kereta guna duit orang…
Beli kereta guna duit orang…

Satu konsep yang baik yang dipelajari dari buku Rich Dad Poor Dad adalah menggunakan wang orang lain (Other People’s Money).

Konsepnya begini…

Sekiranya anda ingin membeli kereta, anda tidak beli kereta menggunakan duit sendiri. Tetapi, anda beli katakan 2 buah unit apartment menggunakan duit bank (sudah tentu ada sedikit downpayment, ubah suaian apartment, basic furnitures etc…)

2 unit apartment tersebut sewakan dengan keuntungan RM400 satu. In total, dapatlah RM800 daripada duit sewa…

Dari wang tersebut, baru anda beli kereta pada harga RM70,000… dan bayaran bulanan duit kereta itu adalah daripada pendapatan 2 unit apartment RM800 setiap bulan.

Cara ini amat menarik oleh kerana, orang lain yang membayar kereta baru anda- other people’s money! Anda bukan sahaja dapat kereta baru free (orang bayar), malah, anda dapat 2 unit apartment lagi tu…

Saya juga menggunakan cara ini 😉