Jika kos sara hidup sekarang RM3,000 sebulan, kos ini akan menjadi RM9,730 pada 30 tahun akan datang dengan kenaikan inflasi sebanyak 4% setahun.
Jadi, untuk bersara pada 30 tahun akan datang & mengekalkan gaya hidup (spending culture) selama 20 tahun, maka kita memerlukan simpanan untuk persaraaan sebanyak RM3.7 juta! Di sini kita ada beberapa pilihan:- PERTAMA: Memulakan perancangan persaraan dari sekarang dan tidak mengeluarkan simpanan persaraan KWSP untuk tujuan lain.
- KEDUA: Terus bekerja selepas bersara
- KETIGA: Berdoa agar ada anak-anak menjaga kita selepas kita bersara.
- KEEMPAT: Berdoa agar rumah orang-orang tua masih wujud pada 30 tahun akan datang.
- KELIMA: Berdoa agar tidak hidup terlalu lama selepas bersara.
Nota: Amaun RM3.7 juta diperolehi dengan cara kos sara hidup bulanan sebanyak RM9,730 darab 20 tahun. Dengan kenaikan inflasi 4% setahun, kos sara secara automatik turut meningkat. Ia berdasarkan assumption atau andaian bersara pada umur 60 tahun dan meninggal pada umur 80 tahun.
Boleh gunakan kalkulator untuk pengesahan.