WTF.
Sila jangan fikir benda lain.
WTF bermaksud:
- What to find?
- When to find?
- Where to find?
Datang dari nama forum PropertyWTF.com.my yang mana tempat penulis buku ini, Tuan Faizul Ridzuan rajin berforum maya.
Buku ini dan forum sebegini menjawab persoalan saya siapa agaknya yang membeli hartanah di KL selama ini. Hehe. Rupanya beliau adalah salah seorangnya dari ribuan pelabur lain yang menyembunyikan diri selain dari nama-nama lain seperti Abang Ensem.
23 hartanah dalam sebelum usia 30 tahun.
Logik ke?
Jawapannya, pergi dapatkan buku ini di kedai-kedai buku berhampiran. Baca, fahami dan penulis memberi peluang kepada kalian untuk terus bertanya.
Ada 7 perkara menarik dalam buku ini:
1. Membeli rumah pertama dengan menggunakan modal dari kad kredit. Pembaca sila jangan buat di rumah tanpa pengawasan pakar ya. (Ya, penulis telah pun disclaimer dalam buku tersebut)
2. Penulis memetik kata-kata Benjamin Graham. Pakcik Graham merupakanDean of Wall Street. Orang main saham wajib tahu siapa dia ni. Namun, apabila nama beliau dipetik oleh pelabur hartanah maka ia sesuatu yang unik kerana orang Malaysia lebih kenal Robert Kiyosaki khususnya mereka yang berminat dengan hartanah (dan emas & perak)
3. Beliau bermain dalam niche tersendiri. Bukan semua jenis hartanah dia sapu. Apartment , condominium dan studio apartment di lokasi tertentu. Dia melabur dalam bidang yang dia senang menang.
4. Setelah mempunyai 2 hartanah dan cashflow RM 1,200 sebulan, beliau tidak menggunakan duit tersebut untuk membeli kereta, lesen kereta pun belum ada dan masih naik scooter. Pembaca yang tidak setuju sampai nak marah-marah saya mengenai artikel pasal kereta sila baca buku ini.
5. Penulis mempunyai sistem tersendiri untuk mencari hartanah yang sesuai.
6. Walaupun telah ada sistem sendiri, penulis masih terbuka dan bersedia mendengar pandangan orang lain khususnya pelabur lain yang lebih senior.
7. Berkawan dengan orang yang betul. Jangan malu bertanya. Berada dalam kelompok yang punya minat yang sama.
Betul. Banyak lagi yang beliau kongsi. Tapi takkan saya nak tolong kongsikan di sini. Terus dapatkan buku beliau ye.
Terima kasih Tuan Faizul atas perkongsian buku ini.
Credit: Pakdi