Assalamualaikum,
Alhamdulillah saya baru saja selesai memberikan perkongsian dengan mahasiswa di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang berkenaan dengan keadaan realiti selepas mereka graduate dan masuk di alam pekerjaan.
Perkara ini sangat penting kerana statistik orang muda (bawah umur 35 tahun) bankrap semakin tinggi dengan angka 50,000 sepanjang tempoh 5 tahun! Banyak tak banyak anda boleh imagine satu stadium penuh dengan orang bankrap!
Statistik perceraian di kalangan pasangan mudah juga meningkat drastik disebabkan oleh faktor kewangan! Anda semestinya tidak mahu perkara ini terjadi dengan pasangan anda bukan? Memang cinta itu indah lautan api sanggup ku renangi, gaung sanggup ku terjun, bara api sanggup ku mamah.
Tapi realitinya nanti mungkin nak beli setin susu anak boleh mengakibatkan pergaduhan yang mengakibatkan perceraian.
Jadi untuk mengelak perkara sebegini terjadi, saya kongsikan dengan mereka apa yang saya tahu & buat untuk merancang stragtegi kewangan mereka satu masa kelak.
Jika anda rasa perkara ini sangat penting, klik link untuk download slide 23 muka ini sebagai panduan atau basic guideline. Terima kasih
Download Link (pdf): Graduate Debt or Indebt Hafizul Hakim