public-gold-logo-maroon
Apa Kelebihan Homestay / Guesthouse?
Home » Bisnes  »  Apa Kelebihan Homestay / Guesthouse?
Apa Kelebihan Homestay / Guesthouse?

Seronok apabila anda ada unit percutian sendiri . Bila bila masa saja anda boleh bawa keluarga pergi bercuti tanpa perlu booking terlebih dahulu . Tanpa perlu risau bilik hotel sold out pada waktu peak season seperti cuti sekolah atau cuti cuti perayaan.

Pastinya anak anak akan tersenyum bila anda menyatakan ingin bercuti di unit percutian yang mempunyai swimming pool, water park yang besar ataupun dekat dengan pantai. Mereka boleh berseronok seronok untuk bermain pasir, bola sepak pantai dan sebagainya.

Jika ingin dibandingkan dengan rate hotel pada peak seson, mereka akan mengenakan rate 3 kali ganda dari normal rate. Sebagai owner homestay, anda tidak perlu risau tentang kos penginapan yang tinggi sekiranya ingin bercuti pada waktu peak season.

ultramodern-pretty-apartment-cool-living-room-ideas-design

Banyak kelebihan-kelebihan yang ada apabila rumah sewa anda dijadikan Homestay. Diantaranya adalah seperti berikut :-

  1. Rumah dalam keadaan cantik

Memiliki Homestay business memerlukan rumah yang cantik dan selesa. Sekiranya anda ingin menjana pendapatan yang lumayan dari business homestay, pastinya rumah yang dijadikan homestay juga dalam keadaan tip top.

Furniture dalam keadaan yang baik dan tersusun, cat dan dekorasi dalaman yang menarik akan menyebabkan guest akan teruja untuk repeat lagi duduk di unit tersebut. Disinilah kita akan simpan database regular customer untuk dijadikan target sekiranya ada apa apa promotion berkenaan dengan rate business Homestay .

apartment-affordable-apartment-bedroom-with-nice-living-room-wonderful-pictures-of-apartment-bedroom-ideas-and-teak-wood-dining-set-also-chic-2-tier-open-cabinet-tv-stand-unit

  1. Pulangan Homestay yang lumayan

Perlu ingin bahawa business homestay ada low season dan peak season. Semua pengusaha homestay akan mengambil kesempatan atas demand yang tinggi waktu peak season tersebut.

Cuba lihat rate homestay di Cameron Highland dan juga Langkawi. Pada waktu peak season, rate homestay di sini akan dikenakan sur caj antara RM30 hingga RM50. Walaupun ada sur caj tetapi masih lagi guest sanggup bayar untuk duduk situ kerana supply homestay yang tidak mencukupi waktu peak.

Real case study yang saya boleh kongsikan waktu cuti sekolah begini, homestay penuh bukan saja pada weekend malahan weekdays juga. Average sale pada cuti sekolah untuk 1 unit homestay akan dapat 20 malam dalam sebulan. Rate per night adalah RM150 untuk satu malam. Total sale pada satu bulan ialah 20 malam x RM150 bersamaan dengan RM3,000. Bila compare dengan loan installment rumah homestay tersebut adalah RM400 sahaja.

Kredit: DSR