public-gold-logo-maroon
Refinance Housing Loan: Mengapa? Apa tujuan?
Home » Tips Pelaburan Hartanah  »  Refinance Housing Loan: Mengapa? Apa tujuan?
Refinance Housing Loan: Mengapa? Apa tujuan?

Assalamualaikum,

Ok, saya nak menyambung kembali cerita bab refinancing/pinjaman semula perumahan. Ada beberapa sebab kenapa anda ingin sangat-sangat nak buat pinjaman semula. Antara sebab-sebabnya ialah :-

  1. Untuk mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
  2. Untuk memendekkan tempoh pinjaman.
  3. Untuk mendapatkan lebihan tunai samada untuk tujuan pelaburan, melangsaikan hutang kad kredit atau personal loan atau untuk pembiayaan pelajaran anak-anak/diri sendiri atau untuk daaptkan modal memulakan perniagaan.

Ingin saya tunjukkan satu contoh bagaimana ianya boleh di lakukan dan apa pilihan yang ada untuk ketiga-tiga sebab di atas.

Katakan Encik A mempunyai pinjaman perumahan asal seperti berikut :-

  • Jumlah pinjaman = RM 254,000
  • Jumlah ansuran bulanan = RM 1,721.00
  • Tempoh pinjaman = 25 tahun
  • Jumlah tahun pinjaman di bayar = 3 tahun
  • Umur Encik A sekarang = 44 tahun
  • Nilai semasa rumah (Current Market Value) = RM 350,000.00
  • Baki pinjaman = RM 240,628.41
  • Kadar faedah semasa = 3.75% (BLR-1.80%) BLR sekarang 5.55%.

Pilihan 1 – Mengurangkan bayaran ansuran bulanan :-

  • Baki pinjaman = RM 240,628.41
  • Tempoh pinjaman baru = 22 tahun
  • Bayaran ansuran bulan baru = RM 1339.92
  • Penjimatan sebulan = RM 381.08
  • Jumlah penjimatan = RM 100,605.12

Pilihan 2 – Memendekkan tempoh pinjaman dengan bayaran ansuran asal/pinjaman lama :-

  • Tempoh pemendekkan pinjaman = 6.66 tahun.
  • Pinjaman perumahan dapat di pendekkan ke 15.34 tahun.
  • Sekiranya Encik A mengeluarkan Akaun 2 KWSP untuk mengurangkan baki pinjaman setiap tahun, tempoh pinjaman boleh di kurangkan kepada 8-10 tahun lagi mengikut jumlah pengeluaran. Berkemungkinan semasa En. A pencen, pinjaman perumahan habis di bayar.

Pilihan 3 – Mendapatkan wang tunai :-

  • Jumlah pinjaman baru = RM 315,000.00 (90% MOF)
  • Bayaran ansuran bulanan = RM 1807.98
  • Baki pinjaman asal = RM 240,628.41
  • Lebihan wang tunai = RM 74, 371.59

Bolehlah Encik A gunakan duit tunai itu samada untuk:

  1. melangsaikan hutang-hutang atau
  2. membuat pelaburan atau
  3. Modal utk memulakan perniagaan

Beliau juga boleh mendapatkan lebihan tunai lagi daripada Akaun 2 KWSP dengan membuat pengeluaran untuk mengurangkan baki pinjaman perumahan sebelum membuat pinjaman semula. Maklumat lanjut boleh di perolehi dengan melayari website KWSP.

Ok, cukup setakat ini dulu. Ini hanya ilustrasi saya dan saya tidak bertanggungjawab sekiranya anda gagal untuk mendapatkannya.