Assalamualaikum semua,
Kali ini saya nak share sebuah lagi tempat menarik untuk anda menjamu selera di Kuching, Sarawak. Restoran yang dimaksudkan adalah Salleh’s Corner. Tagline popular mereka ialah: “Rasa 5 Bintang, Harga Kaki 5”
Perjalanan dari area Satok ke restoran ini hanya mengambil masa sekitar 15 minit sahaja menggunakan kereta.
Al-kisahnya isteri saya tetiba mengidam Tomyam, so saya yang bawakkan dia ke sini buat kali pertama.
Lokasi Restoran
- RPR Phase 2, Jalan Astana, Kuching, 93050
Masa Operasi
- 5:00 petang sehingga 12:00 malam
- Ada menyediakan babychair
- Restoran ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu yang berhawa dingin & tiada berhawa dingin.
Konsep Hidangan
- Seafood
- Thai Food
- Local Sarawak dishes
Signature Dish
- Ketam masak telur masin
- Mee goreng kerang
- Ayam Penyet
- Tomyam King (Highly recommended)
Untuk menu makan malam kami order menu dibawah. Cuma telur dadar je lupa snap sebab dah mula menjamu selera 😉
Tomyam king harga sekitar RM25. Isinya penuh dengan Udang galah, sotong, ikan, sayur campur. Rasanya sangat menyelerakan!
sayur midin dan tomyam ya rasa terliur diat…
Favourite ya Mus! hehe