Program Akumulasi Perak (Silver Accumulation Program) bertujuan memudahkan orang ramai untuk membuat simpanan perak dengan modal serendah RM100 sahaja. Program ini disokong 100% oleh perak fizikal. Pembeli boleh mengeluarkan perak yang telah telah dikumpulkan di dalam akaun SAP ke dalam bentuk jongkong perak di mana-mana cawangan Public Gold di seluruh negara.
Ciri-ciri & Kelebihan:
- Pengumpulan perak fizikal dengan ketulenan Ag 999
- Pembelian minimum RM100 atau di dalam gandaan RM50
- Pembelian ini kemudiannya akan ditukarkan kepada berat perak sehingga 3 titik perpuluhan (eg. 0.001gm).
- Disokong 100% oleh perak fizikal Ag 999
- Tiada yuran simpanan
- Pegangan baki minima di dalam akaun 50 gram sahaja
- Pengeluaran sekurang-kurangnya 100gm perak fizikal
- Akaun bersama antara ibu bapa dan anak-anak disediakan
- Arahan tetap bulanan disediakan (monthly standing instruction)
- Diaudit oleh juruaudit bebas
- Urusniaga bila-bila masa: 24 jam sehari, 365 hari setahun