public-gold-logo-maroon
[Motivation]: Adik kurang upaya dapat buat sales RM1juta
Home » Kisah Motivasi  »  [Motivation]: Adik kurang upaya dapat buat sales RM1juta
[Motivation]: Adik kurang upaya dapat buat sales RM1juta

seminar-magnet-kejayaan-dr-azizan-osman-2015-khairul-nizam.jpg

Adik di atas kerusi roda ini namanya Khairul Nizam. Dia merupakan salah seorang dari kumpulan khas Titanium Partnership Group yang dicoach secara tertutup oleh saya. Ini gambar dari sesi coaching kami semalam.

Beliau tidak boleh berjalan sejak kecil dan hanya bersekolah hingga darjah 6. Dulu, beliau rasa rendah diri, tidak suka keluar rumah. Tetapi satu perkara tentang beliau ialah, beliau belajar menguasai perniagaan 100% melalui Internet. Jualan beliau tahun lepas mencecah RM200,000 lebih tetapi sejak awal tahun ini, beliau mula hadir ke seminar-seminar saya dan sepanjang 3-hari ini kami bersama di sesi eksklusif coaching di Bali.

Pertama kali beliau ke luar negara dan ibu ayah serta adik dia bersusah payah menyorongnya untuk menyertai sesi-sesi bersama saya. Saya bangga dengan peningkatan perniagaan beliau. Semalam dia berkongsi yang jualannya telah mencapai lebih RM1 juta dalam tempoh 6 bulan pertama tahun ini Alhamdulillah. Dan banyak pencapaian yang beliau telah capai lebih luar biasa.

Impian beliau satu hari nanti di samping meluaskan perniagaan minyak wangi beliau ke seluruh dunia melalui online, beliau ingin bercakap di atas pentas berkongsi ilmu dan pengalaman beliau dengan ramai orang lain serta menyumbang kepada ramai orang lain.

Kadang-kadang kita melihat ketidak sempurnaan orang lain tetapi sesempurnanya kita ini, adakah kita bermanfaat kepada ramai orang lain?

Saya pernah beritahu Khairul Nizam, jangan risau jika fizikal kita tidak sempurna, tetapi apa yang penting ialah kita guna apa sahaja yang Allah SWT beri untuk beri manfaat buat diri kita dan ramai orang lain. Tuhan tidak pernah tidak adil dengan rahmatNya. Dia beri kita cukup dengan kelebihan untuk kita gunakan untuk kebaikan.

Saya sasarkan Khairul Nizam Insya Allah akan mencapai jualan RM3 juta tahun ini dan dapat berzakat dan bersedekah lebih banyak kepada mereka yang sempurna fizikalnya tetapi memerlukan bantuan.

APA LAGI ALASAN ANDA?

- Perkongsian daripada Dr Hj Azizan Osman -