public-gold-logo-maroon
Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian
Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

Dalam apa jua perjalanan, tak kisah sama ada lambat atau cepat yang menentukan sama ada "akan" sampai atau tidak adalah langkah pertama. Anda setuju?

Perjalanan 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika mereka masih di tahap “langkah pertama”. Pendek kata, mereka sudah tewas ketika masih belum benar-benar bermula lagi…

Langkah Pertama Pelaburan Emas

Dalam konteks pelaburan emas;

  • Kita tak akan faham tinggi rendah harga emas selagi belum bermula. Hanya bila sudah bermula sahaja, baru kita faham harga tinggi rendah sebab kita sudah ada BENCHMARK tersendiri.
  • Kita lambat faham tentang ILMU PELABURAN EMAS itu sendiri selagi tak bermula. Mungkin ada guru emas dah terangkan panjang lebar, tapi kita susah hadam penerangan tersebut selagi tak bermula.
  • Selagi tak bermula, kita susah faham segala PROSEDUR berkaitan dalam jual beli emas.

Bermula Dulu Dengan Kecil

  • Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan blog atau facebook guru-guru emas, kemudian terus bermula dengan bajet kecil.
  • Mulakan dahulu walaupun dengan coin 1 dinar atau gold bar 1 gram. Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama untuk BELAJAR, dan untuk merasai, bukan untuk jana keuntungan lagi.
  • Bila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita untuk terus maju, insyaAllah. Waktu dah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut.

Langkah Pertama Menuju Kejayaan

Saya perhati, mereka yang berjaya sangat pantas memulakan langkah pertama. Mereka tak akan ambil masa terlalu lama untuk berfikir dan bermula. Mereka tak akan tunggu segalanya ‘sempurna’ dahulu barulah nak bermula sebab sikap“prefectionist” itu membuang banyak masa. Bila dapat sesuatu idea yang bagus, mereka dapatkan ilmu asas dan terus bermula.

Itu salah prinsip yang saya belajar dari Dato’ Louis Ng, iaitu pengasas Public Gold, syarikat pelaburan emas fizikal no. 1 di Malaysia. Saya boleh katakan Public Gold syarikat yang paling terkehadapan dalam industri Investment Precious Metal (IPM) di Malaysia.

Public Gold syarikat tempatan pertama mengeluarkan gold bar dan silver bar di Malaysia. Public Gold satu-satunya syarikat tempatan yang menjalankan jual beli emas mengikut real-time harga emas dunia. Di waktu banyak company emas masih terkial-kial tentang perlaksanaan GST awal tahun 2015, Public Gold telahpun mendahului syarikat lain dengan mengeluarkan produk bebas GST di Malaysia!

Dan dalam perancangan, banyak lagi perkara baru yang akan dimulakan oleh Public Gold. Pendek kata, Public Gold menjadi leader dalam industri emas pelaburan di Malaysia. Saya perhati, prinsip yang digunakan oleh Dato’ Louis ialah “mulakan dahulu, adjust kemudian”.

Masalah Akan Selesai Dengan Masa

Dalam memulakan langkah, semestinya akan ada masalah dan hiccup sana sini. Sewaktu Dato’ Louis baru mendapat idea untuk mewujudkan akaun emas Gold Accumulation Program (GAP) dari satu konferens di luar negara, Public Gold terus mulakan program GAP SECARA MANUAL! Waktu itu belum lagi ada sistem untuk GAP. Staff Public Gold terpaksa memprosesnya secara manual. Memang banyak masalah dan banyak komplen, tetapi akhirnya Sistem GAP dapat dibangunkan dan sudahpun siap.

dato louis ng pengasas public goldKalau dahulu, penyimpan emas GAP hanya boleh semak baki dalam akaun melalui email yang Public Gold hantar, tetapi sekarang sudah boleh semak GAP Statement di website sahaja.

Dan jangan terkejut, tak lama lagi emas dalam akaun GAP boleh dipindahkan ke akaun GAP orang lain, sepertimana memindahkan duit melalui online transfer sahaja! Di waktu itu, emas sudah boleh menggantikan duit kertas sebagai medium of transaction, insyaAllah. Itulah impian sebenar kerajaan negeri Kelantan sewaktu mula-mula pelancaran Dinar Kelantan tahun 2006 dahulu. Ianya bakal direalisasikan oleh Public Gold, insyaAllah…

Masalah Bukan Masalah

Kesilapan ramai orang untuk berjaya ialah menghadap masalah sebagai masalah. Masa banyak terbuang dengan masalah, padahal banyak masalah yang sebenarnya ia bukan masalah, tetapi ia petanda kita sedang maju ke hadapan.

Semasa baru memulakan akaun emas GAP, banyak juga komplen pembeli; mereka lambat terima GAP Statement daripada Public Gold. Masalah itu hanyalah masalah “teknikal” sahaja, bukan masalah “integriti” (seperti penipuan). Ia disebabkan permintaan GAP terlalu banyak, tetapi staff yang memprosesnya hanya beberapa orang sahaja di HQ. Masalah itu akhirnya selesai bila Public Gold agihkan tugas memproses daripada HQ kepada semua Branch. Dan ia jadi lebih efisyen bila tambahan pembelian boleh dibuat terus melalui website, tanpa perlu hantarkan belian secara manual.

Mulakan Dahulu, Adjust Kemudian

Maksudnya, apa pun masalah, jangan berhenti di situ. Jangan buang masa menghadap masalah hingga membantutkan usaha untuk terus maju. Jalan terus disamping menyelesaikan masalah tersebut. Masalah akan tetap selesai dan yang penting, kita dapat terus maju, insyaAllah…

Apa pun usahakan ke arah kejayaan, jangan ambil masa terlalu lama untuk bermula. Mulakan dahulu, adjust kemudian. Jangan sekali-kali tunggu “perfect-time” sebab “perfect-time” yang kita tunggu-tunggu itu sebenarnya tidak wujud

Wallahu a’lam.

Credit: Ustaz Zulkifli