Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Arigato Khozaimas!!
Terima kasih kerana sudi melayari website saya ini. Selain dari menulis tentang kelebihan menyimpan emas, saya turut mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman ketika saya berada di bumi Jepun sekitar tahun 2014. Saya pergi secara percuma dan ditaja sepenuhnya oleh Public Gold kerana hit target sales yang telah ditetapkan.
Sejak pelancaran Sales Incentive Trip pada tahun 2010, ini adalah kali ke-3 saya berjaya layak. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi.. Hasil kerja keras saya, isteri dan team Public Gold di Borneo khususnya menyebabkan jualan emas di paras tertinggi. Apabila di beritahu oleh staff Public Gold yang saya layak ke sini dalam fikiran saya terus tertumpu kepada kimono, perlawanan SUMO, sushi ikan paus & Gunung Fuji.
Universal Studio Japan - Osaka
Beberapa perkara saya ingin kongsikan:
Budi bahasa tinggi & sangat hormat kepada tetamu.
Setiap perkara dibuat dengan sangat teliti, terbaik & berkualiti. Kemodenan bukan aras tanda kemajuan sesuatu bangsa. Sikap & attitude yang dipandang orang.
Kebersihan top class even di public toilet.. Sangat menitik berat aspek kebersihan.
Punctual.. Our bus captain, Mr Aoki sangat-sangat punctual. Respect him. Even delivery makanan pun tepat pada masa.
Helpful.. Tiada masalah untuk menunaikan solat di sini. Malah ada kedai menawarkan untuk solat di ruang atas kedai mereka. Sifat yang semakin terhakis dalam masyarakat kita iaitu tolong menolong tanpa mengharapkan balasan.
Insya Allah semoga pengalaman positif sepanjang berada di sini akan di asimilasikan dalam hidup yang mendatang.