Kali ini saya nak share pengalaman saya ketika achieve Sales Incentive Trip ke Cape Town, South Africa! Untuk trip kali ini saya bawak sekali isteri yang juga Master Dealer Public Gold. Kira ni hadiah honeymoon utk tahun ke-3 perkahwinan kami. Untuk pengetahuan pembaca, Cape Town tersenarai dalam 10 Most Romantic Destination in the world!~
Apabila mendapat tahu yang saya layak ke Cape Town, perkara pertama terlintas dalam fikiran adalah - berapa jam nak sampai sana? Thank you Mr Google - tempoh masa perjalanan di ambil adalah 15 jam (termasuk transit di Johannesburg).
Day 1: Cape Town, South AfricaDay 2: Cape Town Ostrich Ranch, Stellenbosch, Day III: Robben Island, Cape Town Stadium
Pada sebelah malam, saya membuat trip sendiri planning nak ke Stadium Cape Town untuk menonton perlawanan pra Piala Dunia antara South Africa dan CAF. I told my wife - by hook or crook saya mesti tengok bola malam ni. Bila lagi nak dapat peluang sebegini bukan?
Day IV: Cape of Good Hope
Destinasi seterusnya adalah ke Cape of Good Hope, kawasan paling selatan benua Afrika! Meh saya tunjuk gambar. Senang sikit nak faham.
Day V: Boulders Penguin Colony, Simon Town
Ketika saya diberitahu kami nak pergi melawat penguin saya jadi pelik. Bila masa pulak Penguin ni ada dekat tempat yang panas. Bukan sepatutnya penguin ni stay kat Kutub Selatan ke?
Mungkin ada banyak tempat yang tertinggal - saya lupa nak update.. Almaklum dah hampir 3 tahun trip ni berlalu. Antara perkara yang kekal dalam ingatan saya adalah Cape Town merupakan bandar yang cantik & strategik. Banyak tempat menarik anda boleh pergi di sini dan makanan halal mudah untuk diperoleh.
Terima kasih Public Gold, Datuk Wira Louis Ng kerana menyediakan hadiah istimewa buat kami dealer Public Gold..