Hari ke-2 di Bangkok, isteri saya dah sediakan tentative aktiviti sepanjang berada di Bangkok & Phuket. Saya nak masa di sini terisi sebaiknya sekaligus everything berjalan dengan lancar - estimated bajet turut diletak untuk make sure duit cukup. So tentatif program beliau sediakan adalah seperti dibawah:
Melalui pembacaan pengalaman traveller sebelum ini, lokasi Chatuchak Market agak jauh (sekitar 30 minit dari bandar). So kami decide naik teksi dari hotel penginapan. Kos teksi adalah 150 baht (anda mesti pandai nego). Mengapa anda mesti ke Chatuchak?
- Chatuchak Market ni merupakan salah satu market terbesar di dunia di keluasan tapak sebesar 27 ekar! Ada 8,000 kedai dibahagikan dalam 27 kategori masing-masing dan menjual bermacam- macam jenis barang seperti antique wood carving, clay handicrafts, local souvenirs dari seluruh Thailand, Buddhist amulets, wooden funitures, hand made decorated flowers, plant, ceramic wares, dools, Thai Bejarong, Chinese wares, graden decorated plants, stones, trendy fashions, silk, hill-tribe outfits dan macam-macam lagi.
- Sini turut menyediakan service penghantaran barang ke Malaysia (mana tahu anda nak borong banyak barang).
- Setiap hari kira-kira 200,000 pengunjung datang ke sini!
- Cuaca di Bangkok memang agak panas. Recommended just pakai pakaian simple sahaja untuk ke Chatuchak Market. Slipper/ flat shoe is recommended! And for kids bagi mereka pakai sleeve-less dan short is enough. Stroller mesti bawa, ada 2 in 1 purpose (untuk anak tidur & tempat gantung barang shopping)
- Bag luggage: Saya guarantee 100%, anda pasti berbelanja banyak di sini. Alkisah, pada awalnya saya suruh wife bawa beg luggage kecil jer. Sebab mudah nak letak barang. So sampai di Chatuchak, kami gelak tengok orang lain bawa beg besar. At the end kami sendiri pula yang beli beg besar sebab beg tadi dah tak muat hihi.
- Makanan: Di sini juga ada banyak stall air jus dan buah- buahan. Stall makanan halal juga ada. Tetapi memikirkan taraf kebersihan, so, kami decide tak nak makan di sini. Nasib baik kami ada bawa bekal roti dan beli fresh fruit for our kiddos. Alhamdulillah, tak lapar langsung. Actually kalau shopping, memang tak ingat nak makan pun kan? haha!
- Saya ni bukan kaki shopping, tetapi kat sini jadi pandai borong sakan! Shirt, Kemeja, Seluar, Kasut, semua dia tapau! Baju untuk kanak-kanak memang murah.
Tips: Chatuchak Market kini dibuka Rabu hingga Ahad! (dulu hanya pada weekend sahaja)
- Kasut lelaki hanya RM30 sepasang, kemeja sekitar RM15-RM25. T-shirt sekitar RM10. Rasanya pakaian paling mahal pun hanya RM30. So kami datang ke sini dengan satu beg kecik tapi keluar dari sini dengan beg baru yang besar.
- Harga Beg luggage memang murah. Kalau di mall harga sekitar 3,000 baht, kat sini boleh dapat dalam 2,000 baht. Tetapi kami tawar lagi so at last dapat 1,500 baht.
Ingat! tawar menawar adalah kemestian. Biarlah gambar berbicara… Anda mesti pergi sini jika anda berpeluang ke Bangkok!!
Simcard Thailand: Jumpa stall kecik ni masa dah nak balik. Simcard hanya 49 baht and tambahan unlimited 7 days internet sekitar 220 baht. okey le tu.
Ketika kami ke Cape Town dulu, punyalah mahal simcard (sekitar RM120)! huhu.. Dah dapat simcard then both of us update to family masing- masing and mulalah upload kat fesbuk dan update krik krik..
- Kami spend almost 5 jam di sini. Balik hotel naik TukTuk - jimat dan cepat! Armand & Altamis bukan main happy lagi sebab di tiup angin..
- Try la naik TukTuk. Kos naik TukTuk adalah 150 baht. Also kena tawar menawar.
- Aktiviti seterusnya kami ke Siam Paragon- Siam Discovery juga dengan menaiki TukTuk tambang 150baht. Nak jalan kaki rasanya ok jer. Tetapi untuk bawa kids, TukTuk is better. Siam Paragon ni memang tempat famous. Ala- ala KLCC gitew.
- Actually di sini kami nak ke Madame Tussauds. Tiket beli via online di Malaysia. So that anda akan dapat best price. Kami ambil pakej combo, cover Madame Tussauds dan Sea Life Ocean Bangkok. Kami agak teruja tengok patung lilin ni. Ada patung Tun Mahathir, Obama, Princess Diana and banyak lagi. Before tengok pameran, sempat buat wax tangan. Anda boleh google pasal Madame Tussauds Bangkok ya.
- Di Siam Paragon kami ke aktiviti explore Sea Life Bangkok. Nak bagi Armand dan Harris tengok hidupan laut. Mereka sangat teruja dan gembira! Kami berpeluang naik boat dan beri makan ikan.
- Jarak Siam Discovery-Paragon ala- ala Bukit Bintang dan Sungei Wang Plaza di KL. Sambil jalan- jalan tu, sempat juga cuci mata. Tetapi tak sempat nak shopping.
- Kebetulan Staff yang memandu bot adalah orang Islam, namanya Abdul Manaf. Menurut beliau, hanya KFC yang serve halal food (with halal certification dari local authority).
- Dan di setiap mall memang akan ada satu kedai makanan halal di food court. So kami pun having lunch di KFC hihi.
- Before nak order tu, kebetulan yang jaga kaunter adalah perempuan bertudung. So saya suruh wife test try beri salam, pandai ke tak jawab. kikikiki.. Price lebih kurang dengan harga KFC Malaysia. Sos je la lain sikit.
Alhamdulillah. Happy semuanya. Balik hotel, tengok barang- barang dan tido. Belanja sekeping gambar kami sekeluarga bersama Obama haha! kenangan di Madame Tussauds. Free jer with pakej Combo 2.
Budget:
- Hotel- Catuchak: 150baht x 2
- Hotel- Siam Paragon: 150baht x 2
- Food: 400 baht
- Shopping: ***
- Simcard + Unlimited Internet = 269 baht x 2
- Combo Madame Tussauds + Sea Life Bangkok = 5,14o baht (2 Adult 1 kids, infant free)
- TOTAL: 6,678 baht + ***