Membina mahligai perkahwinan sememangnya sesuatu yang harus difikirkan dengan serius kerana ia disifatkan sebagai satu peristiwa yang berlaku sekali seumur hayat. Lantas ia memberi alasan yang wajar bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan menguruskan perkahwinan untuk mengambil kesempatan terhadap majlis perkahwinan yang diadakan.
Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar
Justeru, jika anda tidak berhati-hati dalam merancang bajet perkahwinan anda, anda mungkin boleh terjebak dengan masalah kewangan kemudian hari. Sudah pasti ia bukanlah cara yang baik untuk memulakan penghidupan yang baru dengan pasangan anda.
Jadi, apakah yang harus dilakukan untuk memastikan sesebuah perkahwinan itu disempurnakan dengan tenang tanpa meninggalkan implikasi kewangan kemudian hari?
Tips Menggunakan Emas Jongkong
Ini adalah pengalaman saya sendiri jadi mudah untuk saya kongsikan bersama. Keputusan untuk saya berkahwin telah dibuat pada awal Februari 2010.
Keluarga kami telah menetapkan tarikh perkahwinan pada 18 December 2010. Jadi ada 9 bulan untuk tempoh membuat persediaan perkahwinan. Selepas rombongan merisik inform berapa yang perlu disediakan, saya membuat keputusan untuk membeli 100 gram Gold Bar pada 5 Februari 2010 pada harga RM12,883 (refer attachment bawah).
Tanggal tarikh perkahwinan saya 18 December 2010, harga emas 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM15,500! Perhatikan point utama di sini, jika saya simpan dalam bentuk tunai, saya terpaksa top up another RM3,000. Mujur saya simpan dalam bentuk emas!
Dan sekarang pada 8 September 2011 harga 100 gram tersebut telah meningkat kepada RM19, 520! Seumpama kos perkahwinan saya telah di cover up hanya setelah 9 bulan perkahwinan.
Adakah artikel ini bermanfaat buat anda? Semoga perancangan anda dipermudahkan.
Hubungi saya di 019-8884452 jika anda turut menukarkan hantaran tunai kepada bentuk emas fizikal Public Gold.