public-gold-logo-maroon
5 Kelemahan Barang Kemas Untuk Dijadikan Pelaburan
Home » Tips Simpanan Emas  »  Tips Pelaburan Emas  »  5 Kelemahan Barang Kemas Untuk Dijadikan Pelaburan
5 Kelemahan Barang Kemas Untuk Dijadikan Pelaburan

Di sini saya senaraikan 5 kelemahan barang kemas dari perspektif pelaburan.

Kelemahan [1] – Harga Lebih Mahal

Harga barang kemas lebih tinggi berbanding emas pelaburan sebab harga di kedai emas mengikut harga persatuan pekedai emas i.e. Federation of Goldsmiths And Jewellers Association of Malaysia (FGJAM). Sebagai contoh harga di kedai ketika ini (May 2017)
  • 999 - RM220/gram
Kalau dibandingkan dengan harga emas Public Gold:
  • 999.9 - RM185/gram
Kalau anda beli sekilogram emas, jimat hampir RM40,000! Kelemahan [2] – Susut Nilai Lebih Tinggi Susut nilai barang kemas jauh lebih tinggi berbanding susut nilai emas pelaburan. Susut nilai barang kemas biasa sekitar 25%. Kadang-kadang disesetengah tempat mencecah sampai 40%! Sedangkan jongkong emas Public Gold susut nilainya cuma dari 6 hingga 8% sahaja. Maksudnya, kalau harga emas naik 25%, pembeli barang kemas baru dapat balik modal sedangkan pembeli jongkong emas dah boleh dapat untung 17% (25% – 8%)! Kelemahan [3] – Terpaksa Tanggung Kos Upah yang tinggi (Workmanship) + GST Beli barang kemas kena bayar sekali caj tambahan iaitu “kos upah” atau “workmanship”. Upah ni bergantung pada reka bentuk barang kemas. Makin sukar reka bentuk barang kemas tu, makin mahal la upahnya. Lagi satu, kos upah ni bergantung juga pada pekedai emas. Jadi ianya terdedah pada manipulasi harga. Kalau harga emas tengah rendah, pekedai boleh je naikkan kos upah untuk tambah keuntungan dia. Jadi walaupun harga emas tengah rendah, anda akan tetap bayar dengan harga yang mahal. Oh ya ada, barang kemas juga ada tambahan GST sebanyak 6% kerana emas perhiasan bukan dalam kategori pelaburan. Kelemahan [4] – Pergerakan Harga Slow Harga barang kemas ni agak ‘statik’. Biasanya, kalau harga emas dunia naik, harga barang kemas laju je ikut naik! Tapi kalau harga emas dunia tengah turun, biasanya pekedai emas lambat semak harga dan mungkin kekalkan harga tinggi sampai beberapa bulan. Berbeza dengan emas pelaburan macam Public Gold, harga dikemaskini setiap 20 minit mengikut “real-time” pergerakan harga emas dunia! Kalau harga emas turun tengah malam, terus boleh borong harga murah. Tak kena tunggu kedai bukak, beli online pun boleh. Kelemahan [5] – Risiko Rosak Tinggi Sesetengah barang kemas, reka bentuknya nipis. Ada jugak yang halus dan berlubang. Maka risiko untuk putus, bengkok, kemek dan patah pun tinggi. Bila dah rosak, barang kemas tu pun dah tak boleh nak dipakai. Terpaksa kena bawa pergi kedai emas untuk trade in emas lain. Tak pasal-pasal kena tanggung rugi susut nilai. Jadi berdasarkan fakta di atas, anda dah faham mengapa untuk simpanan dan pelaburan orang ramai memilih dalam bentuk jongkong emas dan dinar emas. Semoga bermanfaat!~