Kenapa Sky Diving?

Because Sky diving is 1 of 10 top things to do before I die – and yeah baby, I did it! Bagaimana aktiviti ini dilakukan? Orait, bagi anda yang ingin mencuba aktiviti adrenalin ini, sila baca dan fahami elok-elok ok.

Pertama sekali, kita harus memilih pakej yang sudah tentunya sesuai dengan kewangan kita. Ada banyak tempat Sky Diving di Sydney, tapi pada saat memutuskan untuk terjun, saya memilih yang sesuai dengan bajet saya, Sydney Skydivers. Saya ambil pakej $300 + $150 untuk photo dan video shoot.

Tips: Anda boleh dapat lebih murah di Groupon atau melalui promosi tertentu di website.

skydive
http://sydneyskydivers.com.au/

Gambarannya mudah: Terbang 15 minit dengan pesawat Cessena ke paras 14,000 kaki, free fall/melayang-layang bebas di udara selama 45 saat dan selebihnya turun dengan parachute selama 15 minit dengan keadaan badan kita attacjed tandem dengan seorang Sky Dive Master. Perfect!

FILE0004
Lounge terletak di 196 Elizabeth St, Sydney.

Pakej yang saya ambil ni include free shuttle service pergi/balik dari Sydney ke tempat penerjunan yang mengambil masa lebih kurang sejam. Selepas mendaftar di kaunter, kami berkumpul dan menunggu penerjun yang lain kesemuanya 12 orang. Since shuttle bas tak penuh, wife dan anak-anak tak perlu bayar extra tambang. Free je 😉

Setelah sampai, kami dikumpulkan di suatu ruangan bersama peserta terjunan bebas yang lain seterusnya para Sky Dive Masters akan memperkenalkan diri sambil melakukan pengenalan dan pemahaman kepada kami mengenai Sky Diving selama sekitar 10 minit. Antara input diberikan adalah prosedur keselamatan dan apa yang perlu kami lakukan sebelum dan semasa membuat penerjunan.

Setelah pengenalan dan pemahaman Sky Diving selesai, saya dibantu oleh instructor untuk mengenakan pakaian jenis “jump suit’, dan kalau badan anda sekecil badan saya, sekitar 160-168cm dan berat antara 55-65Kg, lebih baik minta ukuran baju remaja karena baju jump suit ukuran dewasa nya besar sangat. Ini penting terutamanya untuk keselesaan anda nanti (tak panas dan ketat).

FILE0035
Instructor memastikan gear penerjunan dalam keadaan elok dan selamat untuk berlepas

Group penerjunan berdasarkan kapasiti kapal terbang. Semasa melihat que nama saya dah mula rasa peluh sejuk keluar dari badan. haha
Group penerjunan berdasarkan kapasiti kapal terbang. Semasa melihat que nama saya dah mula rasa peluh sejuk keluar dari badan. haha

Kemudian saya naik ke pesawat terbang dengan kapasiti penumpang 6 pasangan berjumlah 12 orang. Masing-masing peserta di ikat tandem dengan tali attached together dengan Sky Dive Master dalam posisi kita berada di depan sedangkan tandem master dibelakang. Saya dan tandem master saya duduk di urutan depan, yang bermaksud, kami berdua akan melompat keluar terlebih dahulu. Alamak!

Only after the jump I did realize who Phil was, he is in fact Phil Onis the most experienced skydiver in Australia with over 24,000 skydives.
Only after the jump I did realize who Phil was, he is in fact Phil Onis the most experienced skydiver in Australia with over 24,000 skydives.

Menjelang saat penerjunan adalah detik-detik yang sangat menakutkan. Selepas pintu dibuka, angin dan awan menyentuh muka, saya memerhati ke bawah dan melihatkan jarak antara bumi dan tempat kita duduk di dalam pesawat, secara mendadak saya merasa ngeriii!

14,000 ft

Setelah 15 minit terbang pada ketinggian 14,000 kaki diatas permukaan laut, waktu yang dinantikan pun tiba. Selepas juruterbang memberikan isyarat lampu hijau, pintu pesawat dibuka dan kami mula MELOMPAT KELUAR DARI PESAWAT TERBANG!

GOPR0505-10.000
Dalam hati pada pada masa ni: Kah kah kah. Padan muka, nak sangat terjun? Hehehe

Saya cuma mula rasa betul-betul cuak pada saat dibawah ini:
GOPR0505-20.000
Ya Allah.. Apa lah yang aku buat ni.. Haa masa ni betul-betul rasa nak patah balik, tapi terlambat beb! Hahaha

GOPR0505-20.500
Tergantung pada ketinggian 14,000 kaki.. Hahaha.. Korang sendiri dah rasa kecut dalam perut kan.. Saya masa ni dah mengucap dua kalimah syahadah.. Hahah

Paul: ARE YOU READY HAKIM??

Me: NO!!!

Paul: IT’S TOO LATE.. LET’S JUMP!!!

GOPR0505-21.000
Eh.. Tu kapal terbang.. Aku kat mana?

GOPR0505-22.000
Makkkk datukk!!! Berpusing-pusing upside down ke bumi weyhhh! Kah kah kah

GOPR0505-25.000
Kelajuan hampir 250km/sejam penerjunan free fall kira-kira 1,000 kaki dan mengambil masa 45 saat.. Hahahah… Tak payah mimpi naik Formula 1. Terjun je dari kapal terbang..

GOPR0505-25.500
Saya jenis yang tenang.. Cara nak tenang, saya akan berfikir dahulu.. Nak jerit ke teruskan berfikir… Actually masa ni tengah atur pernafasan sebab dah tak betul.. Bapakk nervous!

GOPR0505-33.000
Paul Onis memerhati jam khas untuk pastikan bila masa terbaik melepaskan parachute.. Sambil tu saya tengah menikmati keindahan alam sambil ternganga.. Owh, mcm ni rasanya jadi Ironman, Superman.. Haha. Tapi muka diorang tak ketat lah pulak. Nampak sangat menipu..

GOPR0505-74.500

15,000 kaki diatas permukaan bumi, free fall dan melayang bebas di udara dan berputar putar di langit selama 45 saat, diakhiri dengan turun ke bumi dengan membuka parachute selama 15 minit berikutnya. Sumpah, pada awalnya, saya ingatkan tempoh 45 saat itu sangat cepat, tapi apabila sendiri berada di ruangan udara, waktu 45 saat itu terasa sangat lamaaaaaaaaaaaa sekali!

GOPR0505-92.500
Semasa parachute dibuka, kita akan rasa seperti ditarik ke atas.. Ada sedikit tekanan yang kuat.. Perghh.. Layan wehh

GOPR0506-6.000
Haaa.. Masa dah stabil ni lahh baru saya sibuk nak menjerit…. Hahahahha.. Siap Paul Onis kata, I thought you really cool and calm. kah kah kah.. Cuak sampai tak terjerit..

GOPR0507-27.000
Semasa nak landing, orang yang berada di depan mesti mengangkat paha sambil disupport oleh tangan.. The moment nak landing baru dilepaskan.. Ini langkah keselamatan agar instructor dapat landing kaki terlebih dahulu.. Agar tak terbabas atau terjatuh akibat meluncur laju…

 
GOPR0507-36.000
You’ve done it Hakim!! Well Done!! Let’s do it again.. Aghhh cukup dulu lah.. Sakit perut ni.. Hahaha

FILE0023
Masa ni memang betul-betul feeling macam movie Armageddon.. I don’t want to close my eyes… I don’t want to miss a thing… 😉

FILE0025
Suamiku jatuh dari langit kata my wife 😉

FILE0036
Sijil ni membuktikan saya telah berjaya menerokai pengalaman baru dalam dunia penerjunan.. Insya Allah buat lagi di tempat yang lain..

FILE0080
Penerjun solo yang lain.. Diorang ni ada lesen terjun sorang-sorang tak perlu ada instructor..

Saya sempat merasa diri seperti Superman, kerana dia tidak perlu mengeluarkan duit sesen pun untuk terbang, but hey menurut pandangan peribadi saya, pengalaman seumur hidup memang tidak dapat diukur dengan wang.

Fear is temporary but life time achievement is permanent!

Begitulah kisah terjun saya yang tak seberapa. Adakah saya akan membuat penerjunan untuk terbang lagi? Sudah tentu YA. But yeah, saya harus tunggu sampai tabung penuh, baru dapat terbang lagi. Atau mungkin ada yang nak sponsor saya terbang seterusnya di Dubai?

Dubai Skydiving
Dubai Skydiving
  • Hafizul Hakim
  • PG Master Dealer
  • 019-8884452