Salam sejahtera pembaca sekalian; Anda ingin menunaikan haji??? Mungkin anda terpaksa fikirkan semula jika anda menggunakan wang kertas sebagai asas tabungan haji anda.
Ianya merupakan salah satu dari kesan inflasi. Apa nak dihairankan kerana wang kertas dalam simpanan akan menyusut nilainya setiap hari. Walaupun setiap tahun dividen diberikan, ianya masih tak mampu menahan lonjakan inflasi. Anggaran kos sebenar adalah RM12,600 - RM14,000 dan perbelanjaan selebihnya disubsidi oleh Tabung Haji.
Tapi sejauh mana pihak Tabung Haji mampu menampung subsidi yang meningkat setiap tahun. Sampai satu masa ianya akan meletus juga akibat daripada inflasi. Setiap tahun kos sara hidup meningkat dan agak menghairankan ianya tidak selari dengan peningkatan pendapatan. Ia menunjukkan kuasa beli kita semakin kurang.
Datuk Salleh Majid berkata.. “Gaji seorang akauntan yang baru mula bekerja pada tahun 1978 ialah RM2,000, dan sekarang gaji mula seorang akauntan masih RM2,000” Bukankah ada sesuatu yang tak kena dengan sistem matawang ini.
Jika sepuluh tahun dulu seorang pakcik yang mementingkan kehalalan dan toyyiba (tak mahu terlibat dalam riba/dividen/bonus) berhajat menunaikan haji, bertanya kepada pegawai Tabung Haji. “Tuan berapa banyak duit yang diperlukan untuk naik haji”
Maka diberitahu kepadanya RM6,000. Dengan penuh takwa, dikumpulnya RM50 sebulan. Genap sepuluh tahun pergilah pakcik tu ke Tabung Haji. “Nak, ni pakcik bawa RM6,000, Pakcik nak pegi Mekah..” Pegawai tu pun jawab.. “Eh pakcik nih, mana cukup RM6,000 nak ke Mekah” “Dulu kata RM6,000 boleh naik haji..apa ni??” “Tu 10 tahun dulu.. la ni naik Air Asia pun tak tentu cukup..” kata Pegawai tu..
Sekiranya pakcik tu mengumpul RM50 sebulan selama 5 tahun lagi, bolehkah anda jamin kos menunaikan haji masih RM9,000 lebih?? Sudah tentu tidak bukan... Tapi jika pakcik itu menggunakan dinar emas sebagai asas simpanan untuk menunaikan haji, insyaallah ianya akan lebih dipermudahkan. Jika pakcik itu mengumpulkan 1 dinar emas setiap 4 bulan, selama 10 tahun pakcik itu mampu mengumpul lebih kurang 30 dinar emas.
Harga 30 dinar emas pada ketika ini (8 March 2010) lebih kurang RM16,800. Jadi Pakcik itu masih mempunyai duit lebih untuk berbelanja kepada cucu bila pulang dari Mekah nanti.. Percaya atau tidak, kos menunaikan haji bagi umat Islam sekitar Asia Tenggara adalah 30 dinar emas sejak 20 tahun dahulu. (Saya tak ingat sumbernya – akan diberitahu kemudian) Tabung Haji mungkin patut menukar portfolio simpanan dalam bentuk emas.
Sebaiknya anda mulakannya dengan diri sendiri dahulu. Tetapkan simpanan anda dengan 1 dinar emas setiap bulan. Jika anda berminat memiliki emas sila hubungi saya atau dealer Public Gold yang berdekatan dengan anda.