public-gold-logo-maroon
'Saya nak berjaya!'
Home » Kisah Motivasi  »  'Saya nak berjaya!'
'Saya nak berjaya!'

Semua orang nak berjaya kan, nak tinggal di Rumah yang besar dan selesa Serta memandu Kereta mewah baru nampak anggun dan bergaya.

Tetapi mereka lupa untuk berjaya Kita perlu memandang dahulu perkara-perkara kecil. Apa yang di maksudkan perkara kecil yang dipandang remeh Oleh sesetengah orang Kita?

  1. Niat - kenapa nak jadi orang berjaya dan kaya? Skop ini terlalu luas, dan ianya bergantung kepada matlamat Kita. Kalau ianya memang ke arah kebaikan, in shaa Allah di permudahkan urusan di susuli dengan usaha dan kecekalan Kita untuk hadapinya.
  2. Nak dapat kenaikan pangkat dengan cepat - kamu mestilah jujur dan bertanggungjawab dengan kerja yang di tugaskan, bukan hanya nampak sibuk bila boss lalu depan meja, bukan untuk dapat pujian tetapi untuk dapat keberkatan. Ingat keberkatan dalam rezeki Kita lebih afdal berbanding Kita kejar pangkat di dunia, Kita juga kejar pahala di akhirat.
  3. Sedekah - saat kita rasa ketidakcukupan, saat Kita rasa duit gaji selalu Tak cukup, saat Kita rasa gaji aku adalah milik aku sepenuhnya, Kita mulalah bersedekah. Percayalah semakin banyak Kita memberi, semakin banyak Kita menerima. Rezeki datang dengan pelbagai perkara.

In shaa Allah Kita semua boleh berjaya di dunia dan akhirat

Peringatan ini untuk diri sendiri juga

Semoga bermanfaat, perkongsian dari Syafieqah Alya