[SIP Turkey]: Public Gold berkunjung ke Nadir Metal Refinery di Istanbul, Turkey

29th April 2016

Istanbul, Turkey

Kemuncak percutian kami di Istanbul adalah ketika berkunjung ke Nadir Metal Refinery, tempat gold bar dan silver bar Public Gold di proses oleh Syarikat Emas terbesar di Turki dan pemiliknya adalah seorang billionair muslim bernama Nadir Tütüncu.

Bersama pengasas Public Gold, Dato' Wira Louis Ng dan pengasas Nadir Metal Refinery; Mr Nadir Tütüncu yang juga seorang billionaire muslim.
Bersama pengasas Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng dan pengasas Nadir Metal Refinery; Mr Nadir Tütüncu yang juga seorang billionaire muslim.

Ketibaan kami disambut oleh Abdullah Tütüncu (anak kepada Nadir Tütüncu) yang juga merupakan Sales Manager untuk Nadir Metal Refinery.

Nadir Metal Refinery mempunyai turnover sebanyak $USD2.5 Billion pada tahun lepas untuk eksport emas dan perak. March 2017 iaitu tahun depan genaplah tahun ke-50 penubuhan Nadir Metal Refinery yang membuktikan kekukuhan syarikat ini dalam dunia pengeluaran dan perniagaan emas.

NMR telah memberikan usahama dengan Public Gold sejak hampir dua tahun lepas, yang menyaksikan produk Public Gold mempunyai pengiktirafan LBMA dan satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang diberikan lesen pengimportan emas IPM (Industrial Precious Metal).

Sehingga ke hari ini Public Gold telah berurusan dengan Nadir Metal Refinery hampir sebanyak 200kg emas dan 400kg silver.

Berat betul lah silver bar 15kg ni..
Berat betul lah silver bar 15kg ni..

Dengan pembukaan branch Indonesia di Jakarta pada June 2016, Public Gold menjangkakan untuk menembusi market sekurangnya 1 juta orang daripada 280 juta penduduk Indonesia.

Di kilang emas ini kami menyaksikan sendiri proses penempaan emas, pembentukan gold bar, standard & quality checking sehingga ke proses ujian ketulenan emas.

Jongkong perak siap untuk di stamp menggunakan mesin khas dengan brand Public Gold.
Jongkong perak siap untuk di stamp menggunakan mesin khas dengan brand Public Gold.

Emas scrap dipotong bagi menguji ketulenan dan mendapatkan kualiti sebenar emas.
Emas scrap dipotong bagi menguji ketulenan dan mendapatkan kualiti sebenar emas.

Bersama staff dan Manager Lab di Nadir Metal Refinery. Mereka membuat ujian ketulenan emas sebelum di buat packaging.
Bersama staff dan Manager Lab di Nadir Metal Refinery. Mereka membuat ujian ketulenan emas sebelum di buat packaging.

Satu pengalaman yang amat berharga lebih-lebih lagi dapat bersua dengan pemilik Nadir Metal sendiri iaitu Mr Nadir Tütüncu. Seorang yang sangat humble dan mempunyai aura tarikan yang sangat kuat.

Hafizul Hakim
Master Dealer of Public Gold
019-8884452

From Istanbul, Turkey

Leave a Reply

%d bloggers like this: