public-gold-logo-maroon
3 Hari di Cappadocia, Turkey | Earth Trekkers
Home » Travel  »  3 Hari di Cappadocia, Turkey | Earth Trekkers
3 Hari di Cappadocia, Turkey | Earth Trekkers

Bismillah..

This is it.. Cappadocia. Sampai jugak ke kawasan yang orang selalu kata sangat pelik tapi cantik. Orang tempatan ada yang menyebut sebagai ‘Kapadokya’, ada jugak yang sebut ‘Kapadosia’.  Selepas 11 jam dalam bas dari Istanbul tu, bila tengok ke luar tingkap bas, rasa macam dah sampai ke planet yang lain. Tandus. Berkabus.

Bentuk batu pun macam pelik, seperti di ukir oleh manusia.. Macam tak banyak warna. (selalu kita kan nampak bangunan warna-warni, billboard bagai, bunga-buangaan).

Di Cappadocia, kami menginap di Kaya Hotel. Jangan gelak, saya tak bergurau.. Memang betul nama hotel ni Kaya.. Ha ha ha.. First time saya tido dalam gua batu, selama ni tengok dalam kartun Flinstones je. Suhu kat sini pada malam hari sangat sejuk, mencecah 5 darjah Celcius.

Harga semalam bermalam di hotel ni €96 (bilik jenis Deluxe Cave Room). Kalau convert sekitar RM600 semalam!
Deluxe Room Double Bed
Jam 7:00 pagi di Hotel Kaya, Cappadocia.
Jam 7:00 pagi di Hotel Kaya, Cappadocia.

Antara tempat kami lawati ialah Goreme Open Air Museum dan kawasan sekitar bagi melihat semua rumah yang berbentuk seperti cendawan. Secara semula jadi terbentuk macam ni, secara erosion. Allah maha kuasa. Fantastiko. Tour guide kami, Mr Buraq adalah local Cappadocia.

Orang panggil ‘fairy chimney’ sebab bahagian atas tu jadikan dapur. nanti nampak asap-asap mungkin sama di alam Fairy. Semua ni terjadi ambek masa lama. mungkin 50 tahun akan datang, ada yang baru akan naik tinggi, yang tinggi dah musnah. Macam tu lah.
Kawasan Goreme ni termasuk dalam UNESCO World Heritage List
Camel Rock di Cappadocia
HARI KEDUA Pagi-pagi lagi seawal jam 5:30 kami dah keluar untuk hot air balloon. Pagi memang sejuk kan, bila dah naik 500 meter atau 5,000 kaki memang super sejuk. Kaki memang tak rasa dah, masing-masing dah pakai 2 lapis stokin sebab tour guide dah pesan. Gloves pun pakai.
Kos naik ballon ni $250 (sekitar RM1,000) termasuk insurans dan ditaja sepenuhnya oleh Public Gold! Yeayyy!
Setiap pagi pemandangan begini di bandar Cappadocia
Setiap hot air balloon dilengkapi dengan satu GoPro. Jadi semua aksi kita masa kat dalam dan pemandangan yang kita experience dirakam. Mujur satu balloon dengan Dato’ Wira Louis Ng, dia belikan DVD tu.
Sampai je disini terus kami berebut-rebut nak ambik gambar. Ini yang saya sempat capture, moment balloon tengah di setup.
Di belakang saya adalah Mr Pilot.. Beliau sering berhubung dengan pilot yang lain untuk mengelak bertembung. Selain itu beliau juga akan navigate arah tuju dan ketinggian balloon air ini.
Di belakang saya adalah Mr Pilot.. Beliau sering berhubung dengan pilot yang lain untuk mengelak bertembung. Selain itu beliau juga akan navigate arah tuju dan ketinggian balloon air ini.

Masa naik tu, seronok-seronok jugak lah, tapi dalam hati doa banyak-banyak tak jadi kemalangan ka apa. Macam dalam surat khabar baru-baru ni kan ada kemalangan jiwa yang berlaku time naik belon ni. Yala, bukannya depa bagi pakai jaket keselamatan ka parachute kan. Kalau jatuh tu, redha ja dah nak terbang tak reti.

Disebabkan setiap penerbangan adalah berisiko tinggi, makanya bila kita selamat mendarat akan diraikan. Open table. Dan jugak dapat sijil setiap seorang.

Subhanallah, pujian bagi Allah.

Bila nak landing, ‘driver’ akan cakap landing position, dan kita semua kena duduk dalam tu. Tak boleh berdiri. Once dah touch down, pekerja kat bawah ramai-ramai tarik raga berisi 20 orang tu turun.
 
Alamak, krew-krew ni semua penyokong Besiktas.. Aku dihumban atas balloon.. Adoi aii..
Ku jentik satu persatu ke langit.. Thank you Public Gold! Cappadocia conquered!