Assalamualaikum,
Kali ni saya nak kongsikan dengan anda mengapa emas dan perak telah dipilih sebagai wang sejak ribuan tahun dahulu sehingga sekarang dan pada masa yang akan datang.
- Emas jarang ditemui
Sekiranya semua emas di dunia ini dikumpulkan di satu tempat, iaitu merangkumi semua syilling emas, barang kemas emas, hasil seni emas, emas yang tertanam dibelakang rumah, emas dalam pemilikan bank dan emas yang dalam simpanan semua kerajaan di dunia dan jika disatukan ia hanyalah sebesarkiub bersaiz 32 ela!.
- Emas diterima ramai
Emas diiktiraf dan mempunyai nilai yang tinggi di mana-mana sahaja di serata dunia sejak berkurun-kurun lamanya. Penerimaannya begitu menyeluruh di seluruh dunia. Adalah lebih mudah untuk mencari segelintir manusia yang tidak mengiktiraf fungsi unik emas daripada kebanyakan mereka yang mengiktirafnya. Antaranya adalah ahli politik dan pakar ekonomi yang sudah tidak mempunyai pertimbangan yang wajar.
- Emas itu tetap emas!
Elemen atomik emas adalah sedikit melebihi 100 jirim asas. Emas mempunyai berat atomik seberat 79 dalam jadual berkala unsur kimia. Setiap auns emas, apabila ditapis sehingga bentuk yang paling tulen adalah seperti setiap auns emas yang lain tanpa mengira usia emas itu, di mana emas itu dilombong atau bagaimana emas itu diproses. Dalam erti kata yang lain, emas itu tetap emas!
- Emas boleh dibahagi-bahagikan
Emas telah diberi nilai oleh para artis dan tukang kraf pada masa moden dan purba. Emas begitu mudah dibentuk sehingga boleh dihadikan dalam bentuk daun atau sekeping lembaran emas yang amat nipis – begitu nipis sehingga daun emas itu lut cahaya yang mengeluarkan cahaya hijau.
Walaupun emas dikenali sebagai logam yang berat, emas dapat diproses menjadi begitu nipis sehingga dapat dimakan. Emas juga mulur sehingga satu auns, dapat dipanjangkan menjadi wayar sepanjang 35 kaki. Tiada nilai yang hilang apabila emas itu dibahagi-bahagikan, tetap bernilai walau dalam bentuk atau berat yang berbeza!
- Emas kekal abadi
Emas adalah logam yang paling stabil dan yang paling tidak bertindak balas. Emas tidak berkarat, tercemar dan terhakis. Syilling emas yang ditemui di dasar laut setelah berkurun-kurun lamanya kekal bersinar seperti hari pertama syilling itu dibentuk. Emas dihargai kerana sinarnya yang kekal abadi.
Jumlah emas dimiliki kerajaan di dunia. Jika benar emas itu tidak bernilai, mengapa agaknya semua kerajaan besar dunia menyimpan sejumlah emas yang begitu banyak? Pasti ada sebab bukan?