public-gold-logo-maroon
Bawa gelang emas putus ke kedai emas untuk di repair, apabila bawa balik tetiba terkurang sesuatu..
Home » News  »  Bawa gelang emas putus ke kedai emas untuk di repair, apabila bawa balik tetiba terkurang sesuatu..
Bawa gelang emas putus ke kedai emas untuk di repair, apabila bawa balik tetiba terkurang sesuatu..
Assalamualaikum,

Situasi ini berlaku kepada salah seorang rakan facebook saya dan berlaku di salah sebuah kedai emas di Kuching, Sarawak.

Capture

Translation nya lebih kurang seperti ini:

"Peringatan untuk kawan-kawan khususnya kaum wanita.. Biasalah time nak raya ni kita of course nak beli perhiasan gelang, rantei, cincin EMAS kan.. Even ada yang just nak pergi cuci atau repair gelang emas yang putus (ini saya). So, lepas ni make sure kita berHATI-HATI lah if nak pergi hantar cuci or repair emas putus.. Kalau boleh before hantar, gambar kan terlebih dahulu emas tersebut.. Kalau gelang - hitungkan berapa biji sambungan (gelung) nya.. Kirakan satu persatu berapa banyak buah rantai tersebut..

Sebab baru berlaku ke atas salah seorang ahli keluarga saya, gelang emasnya putus.. Then, dia pun pergilah ke sebuah kedai emas di Kuching ni, niat nak repair atau sambung semula gelang emas ni.. Mujur, sebelum hantar emas tu husband sempat snap photo (mujur husbandnya jenis yang sentiasa berhati-hati malah dia kira satu persatu sambungan gelang emas)..

Si isteri menunggu dalam kereta.. Husbandnya pergi hantar dan tunggu dalam kedai - tak nak ke lain. Apabila dah siap, si isteri pun mencuba pakai.. Feeling dah macam lain.. Apabila dikira ada satu biji sambongan gelung ya lesap.. Sepatutnya ada 18 gelung semua, tetiba jadi 17.. Jadi mereka berdua pun kembali ke kedai emas untuk mendapatkan kepastian..

Belum sempat nak soal siasat di mana hilangnya sebutir biji emas tu.. Laju je pelayan bagitau "Ooohhh.. jatuh sini dia.. Tidak perasan dia jatuh.. (tau-tau je yang suami isteri datang kembali nak tanya mengapa emas tu kurang).."

Pengajaran:

  1. Mungkin benar emas tu jatuh, atau mungkin tidak. Wallah wallam.
  2. Paling penting adalah kita patut puji tindakan suaminya yang berhati-hati. Pertama kita perlu snap photo emas secara detail, kira satu persatu biji emas.
  3. Kalau boleh timbang sekali berat emas dan check ketulenan emas SEBELUM dan SELEPAS di cuci atau repair.
  4. Mintak resit sebagai bukti transaksi. Dalam resit ada tulis detail-detail seperti di atas.
Di harap agar insiden ini memberi kita sedikit ilmu dan bermanfaat buat anda semua.