Ciri-ciri Utama Simpanan Shariah:
Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP
Nota Penting
Ahli KWSP yang memilih Simpanan Shariah tidak boleh membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke Simpanan Konvensional.
Bagaimanakah cara ahli memilih Simpanan Shariah?
Ahli perlu menghadirkan diri ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan serta menurunkan cap ibu jari bagi tujuan pengesahan identiti ahli. Pendaftaran akan bermula dari 8.8.16.Apakah yang perlu dibawa untuk permohonan?
Jom ke kaunter KWSP berdekatan segera!