public-gold-logo-maroon
Lelaki ini buktikan harga kambing 1,400 tahun lalu hingga ke hari ini kekal 1 Dinar!
Home » Kisah Motivasi  »  Lelaki ini buktikan harga kambing 1,400 tahun lalu hingga ke hari ini kekal 1 Dinar!
Lelaki ini buktikan harga kambing 1,400 tahun lalu hingga ke hari ini kekal 1 Dinar!

Nama saya Hafizul Hakim. Saya seorang Master Dealer Public Gold. Urusan jual beli kambing menggunakan Dinar emas bagi tujuan aqiqah anak sulung saya pada 27 November 2011. Sebelum ini kita sering dengar orang cerita tentang dinar emas dan kambing. Saya ni jenis seorang nak rasa pengalaman sendiri melaluinya utk dapat hakikat 'ainul yakin'. Alhamdulillah ianya memang benar.

Sekaligus membuktikan bahawa emas adalah kalis inflasi atau 0% inflation. Sebelum ini kita sering dengar orang cerita tentang dinar emas dan kambing. Saya ni jenis nak pengalaman sendiri melaluinya utk dapat hakikat 'ainul yakin'. Alhamdulillah ianya memang benar. Mengapa?

Ketika zaman Rasulullah SAW 1400 tahun yang lalu, harga seekor kambing ialah 1 dinar emas. (dinar merujuk kepada syiling emas seberat 4.25 gram).

Perkara ini ada diceritakan di dalam hadis Rasulullah SAW.

Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada Urwah yang bermaksud: “(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual.

Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.”

Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua-dua ekor kambing tersebut. Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.

Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu.”

Rasulullah bertanya: Bagaimanakah kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu

Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Daripada kisah di atas terbukti kuasa beli emas adalah stabil. Inflasi untuk emas adalah 0% !!!

Update (11/8/2016): Baru-baru ini adik saya Sid Di Hakimilokovich telah membuat ibadah aqiqah di Madinah dan bayaran dikenakan termasuk menyembelih dan melapah hanya RM450 sahaja.

Kesimpulannya, emas adalah satu bentuk simpanan yang sangat stabil. Bukan hanya kambing, tapi jika kita ukur harga rumah dengan emas ianya juga adalah sama. Sebagai contoh, harga rumah semi-D ayah saya dibeli pada tahun 1990 dengan harga RM90,000. Jika di ukur dengan harga emas pada waktu itu - nilainya sekitar 2.5 kilogram emas.

Hari ini rumah yang sama nilainya adalah 2.5 kilogram emas. Dan hari ini harga 2.5 kilogram emas Public Gold pada (11/8/2016) adalah sekitar RM450,000.

Anda berminat nak mula menyimpan emas serendah 1 gram setiap bulan? Jom saya bantu anda..

Hafizul Hakim (019-8884452) <- Whatsapp pun ada...