public-gold-logo-maroon
Ustaz! Salahkah saya simpan emas banyak-banyak?
Home » Kisah Motivasi  »  Ustaz! Salahkah saya simpan emas banyak-banyak?
Ustaz! Salahkah saya simpan emas banyak-banyak?

SALAHKAH SIMPAN EMAS?

Ada feedback yang saya terima seperti berikut :

"Hang nak jadi Firaun ka semua duit tukar jadi emas?"

Salahkah simpan emas? Atau teruk sangatkah simpan emas sampai kita samakan orang yang berusaha simpan emas macam Firaun?

Banyak perkara kita kena renung dan belajar. Jangan terlalu gopoh dalam menilai sesuatu seperti emas, lalu dikaitkan dengan keduniaan dan sebagainnya. Orang yang baca Al-Quran, tahu sejarah matawang dan sedar tipu daya ekonomi semasa akan akhirnya menyimpan emas.

Sebab itu saya selalu tekankan dalam mana-mana seminar beberapa perkara :

  1. Kaya itu mulia di sisi Islam. Islam tidak pernah menghalang kita jadi kaya, bahkan disuruh merebut sebanyak mungkin bahagian keduniaan kita di samping berusaha menambah ibadah dan pahala untuk kebahagiaan di akhirat.
  2. Emas adalah mawatang sebenar yang bersandarkan mineral ciptaan Allah. Ia adalah warisan turum temurun sehinggalah manusia mencipta wang kertas yang akhirnya menghapuskan penggunaan emas sebagai matawang.
  3. Kehebatan emas disebut banyak kali dalam Al-Qutan bukan saja sebagai sesuatu yang penting di dunia tetapi sebagai perlambangan kehebatan di akhirat. Jadi jangan sempitkan pemikiran kita dengan fahaman yang bukan-bukan.
  4. Wang kertas adalah agenda orang bukan Islam untuk melemahkan kekuatan ekonomi orang bukan Islam. Ia dicetak dan dicetak semahunya dan diputuskan sandaran nilainya daripada emas. Orang yang tahu fakta ini sudah pasti akan memilih untuk menyimpan emas.
  5. Orang Islam hebat disebabkan mereka memilih untuk jadi hebat. Jika emas adalah salah satu lambang kehebatan dari sudut ekonomi, maka orang Islam yang tahu berfikir tidak akan teragak-agak untuk menyimpan emas demi memperlihatkan kehebatan Islam.

Jangan hanya tahu memperkatakan tentang kelemahan Islam dan orang Islam dari pelbagai sudut termasuk ekonomi, sedangkan bila kita ajak simpan emas untuk kekuatan ekonomi, dikatakan kita gila dunia seperti Firaun!

Lupakan orang begini dan jalan terus!

Perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar

Tambahan dari admin: Mari kita mulakan simpanan emas dengan Public Gold. Saya teringat satu lagi kata-kata seorang yang berlatarbelakangkan agama. "Mu tahu gapo Allah SWT tetapkan ada zakat pendapatan, harta, emas dan sebagainya? Sebab Allah SWT sangka baik dengan mu, mu kaya belako. Dapat guna kelebihan mu tolong orang ramai!"

Satu-satunya syarikat emas di Malaysia yang tidak dikenakan GST dan diterima secara meluas di bank-bank yang menawarkan Ar-RAhnu.

Hafizul Hakim

Master Dealer Public Gold

019 888 4452 | FB Page: Hafizul Hakim TokeyEmas