public-gold-logo-maroon
5 Adab Hormati Tetamu Yang Saya Amalkan Dan Kaitannya Dengan Rezeki
Home » Saving  »  5 Adab Hormati Tetamu Yang Saya Amalkan Dan Kaitannya Dengan Rezeki
5 Adab Hormati Tetamu Yang Saya Amalkan Dan Kaitannya Dengan Rezeki

Salah satu hobi saya adalah membaca buku ilmiah terutamanya bab kewangan dan motivasi dan sudah semestinya bukan hanya tentang duniawi malah buku tentang hari akhirat. Untuk persediaan di alam akhirat saya amalkan pembacaan buku hadis Fadhail Amal ditulis oleh Maulana Muhammad Zakariyya.

Di latar belakangi oleh kecintaan dan kerisauan beliau terhadap umat ini, yakni agar umat ini Islam datang keghairahan dalam mengamalkan agama. Maulana Muhammad Zakariyya adalah seorang ulama dan da’i yang mukhlis yang telah mencurahkan seluruh hidup beliau untuk berkhidmah kepada agama karena kecintaan beliau yang sangat dalam dalam terhadap agama ini.

Dengan membaca buku Fadhilah Sedekah ini, Insya Allah kita akan memperolah berbagai pelajaran, manfaat, dan peningkatan kehidupan ruhani dari sisi yang lain, yakni munculnya semangat untuk mencintai kehidupan akhirat, zuhud terhadap kehidupan dunia, hidup sederhana, gemar membelanjakan harta di jalan Allah, dermawan, dan berbagai sifat terpuji lainya.

Buku ini terdiri dari dari tujuh bab:
  1. Keutamaan membelanjakan harta di jalan Allah Swt.
  2. Celaan terhadap kebakhilan
  3. Keutamaan silaturrahmi
  4. Kewajiban menunaikan zakat
  5. Ancaman bagi orang yang tidak menunaikan zakat
  6. Anjuran untuk berzuhud
  7. Kisah orang orang yang membelanjakan harga mereka di jalan Allah.
Salah satu adab yang perlu kita titikberatkan adalah cara kita menyambut kedatangan tetamu. 13615240_10155449003369572_8510902674082560467_n
  1. Apabila ada tetamu bertandang, bangun dan pergi ke dapur untuk angkat air dan hidangkan sendiri satu cawan dan satu cawan kepada setiap seorang tetamu.
  2. Pastikan tetamu yang datang bertandang di rumah dapat minum atau makan sedikit. Tidak kira mereka dalam tergesa-gesa walau apa keadaan pun (kecuali kecemasan).
  3. Sekiranya kita sudah bersiap mahu keluar dari rumah, tiba-tiba ada tetamu datang. Buka kembali pintu rumah dan layanlah tetamu sebaik-baiknya.
  4. Sekiranya kita sedang makan di luar, kemudian datang orang meminta sedekah atau menjual barang, pastikan kita beri juga walau sedikit. Jika kita tidak mahu membeli, hadiahkan juga seringgit dua untuk dia dapat minum atau makan.
  5. Sekiranya sedang makan atau minum, datang kucing menjengah. Duduk memandang atau terus mengganggu, beri sedikit makanan kepadanya.

Apabila kita mendahului semuanya dengan adab. Maka rezeki akan mula menjengah. Adab itu perlu hadir untuk menghormati ejen rezeki.

Tetamu = ejen rezeki.

Kadang-kadang kita tidak perasan siapa yang pernah menjadi tetamu kita. Kadang-kadang juga, di meja makan restoran pun kita boleh punya tetamu.

Tenang-tenang, setiap pertemuan itu Tuhan yang aturkan. Kita sahajalah perlu kawal diri mahu terima atau mahu menolaknya. Cewah. ‪