Ramai yang telah hadir ke seminar-seminar dan membaca artikel di website saya, tetapi tidak ramai yang terus melakukan tindakan sebaik sahaja mereka pulang. Atas sebab itulah apabila saya menerima mesej-mesej tentang apa yang sedang dipraktikkan oleh para peserta GAP, hatiku mula berbunga-bunga termasuklah dalam kes Encik Mazlan & Puan Ina dalam whatsapp pagi tadi.
Kebiasannya, saya akan memberikan 5 Tips menyimpan 1 gram setiap bulan dengan konsisten melalui email. Apa yang mereka saya pilih saya tak tahu sebab lain orang lain kemampuan dan matlamat mereka.
Dalam kes Encik Mazlan & Puan Ina, mereka adalah orang yang bekerja makan gaji , Gaji bersih mereka berdua adalah RM3,000 dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun. Selepas membaca beberapa artikel tentang kewangan, mereka mempunyai beberapa pecahan simpanan spt ASB, Tabung Haji dan mereka juga faham bahawa emas adalah dalam satu kategori yang lain iaitu aset.
Ketika Puan Ina menghubungi saya dan bertanya tentang GAP, beliau menjelaskan kekhuatiran nya dengan kos perbelanjaan anaknya di menara gading klak setelah membaca artikel saya tentang perbezaan simpan dalam bentuk emas dan duit kertas.
Salah satu artikel saya ada menyebut bahawa anggaran kos pengajian di Institusi Awam adalah 40 gram emas tapi jika di ukur dalam duit ringgit, kosnya akan berubah meningkat dari tahun ke tahun.
Atas sebab itu, beliau dan suami bertekad untuk mula menyimpan 40 gram emas. Pada mulanya beliau takut bertanya kerana awal-awal dah expect harga emas mahal. Saya bagitau, kak Ina.."Simpan 1 gram setiap bulan, dalam 3 tahun cukuplah 40 gram.. Kalau ada rezeki lebih kakak dan abg Mazlan tambahkan gram dalam simpanan. Insya Allah.."
Kak Ina turut bertanya ada sebarang tips tak kalau nak konsisten simpan. Advice saya ringkas, setiap seorang simpan RM100. Abg Mazlan sedia RM100, kak Ina sedia RM100. Jadi setiap bulan ada tabung GAP adalah RM200. Nama pemegang akaun saya nasihatkan letak atas nama anak mereka dan Kak Ina sebagai pemegang amanah sebab kaum wanita ni biasanya lebih particular dalam bab kewangan. So si suami yang tak mahu di leter akan siap-siap sediakan RM100 setiap bulan.
Berdasarkan harga semasa per gram emas GAP sekitar RM185, akan ada duit lebihan dalam RM10 - RM15. Jika dikumpulkan sehingga penghujung tahun, pasti ada lebihan yang dapat beli 1 gram emas extra.
Dari seorang yang ‘zero knowledge’, akhirnya dengan kuasa tindakan, beliau berjaya menyimpan emas secara konsisten dan saya yakin yang beliau tidak akan berhenti di sini. Dengan kefahaman beliau tentang emas dan kaedah menyimpannya yang sistematik pasti beliau akan ajar adik beradik dan keluarganya tentang manfaat GAP ini.
Alhamdulillah.
Kuasa Tindakan Abg Mazlan dan Kak Ina adalah:
-
Membaca artikel emas / Motivasi mereka adalah ANAK.
-
Bertanya dengan orang yang betul.
-
Bertanya apa strategi untuk pastikan konsisten simpanan dan melakukan TINDAKAN menyimpan.