Ini adalah perkongsian dari customer gap saya iaitu En Meor Saiful Nazli dari Brunei Darussalam. Dia berniaga nasi lemak yang dijual pada harga $BND1 di Bandar Seri Begawan. Tagline nasi lemak Malaysian Top & Popular Products (MALATOPPP). Perghh.. siap ada tagline!
Beliau menghubungi saya melalui whatsapp pada 29 Julai 2016 bertanyakan tentang kaedah simpan emas menerusi GAP account. Selepas faham konsep akaun emas GAP beliau mulakan simpanan dengan pembelian 1 gram. Selepas itu dia Meor berazam top-up sekurang-kurangnya 1 gram setiap minggu! Saya kata tiada masalah dan mendoakan agar sasarannya tercapai!
Jom kita hayati (cewahh hayati..) perkongsian En Meor.
Mengapa En Meor pilih GAP akaun Public Gold:
- Bisnes saya terlibat secara total menggunakan SISTEM ONLINE, orang membeli nasi lemak menerusi whatsapp dan facebook. Jadi sudah biasa dengan sistem ONLINE yang menjimatkan banyak perkara terutamanya masa.
- GAP antara yang paling memudahkan urusan pembelian emas saya. Saya sudah target sekian berat emas (rahsia), baru saya akan menukarkan ke dalam bentuk emas fizikal sama ada terbang ke branch Kota Kinabalu ataupun Kuching.
- Kembali semula kepada PLAYSAFE SISTEM seperti GAP setelah saya rugi banyak dalam SKIM PELABURAN EMAS yang menjanjikan pulangan tidak masuk akal setiap bulan.
- Selepas membaca di website En Hafizul baru saya sedar tidak logik langsung offer bulanan tersebut. Saya anggap itu yuran pengajaran saya untuk tidak lagi mudah terpedaya dengan skim cepat kaya.
Strategi simpan secara konsisten setiap bulan
- Setiap hari saya asingkan 10% JUALAN HARIAN NASI LEMAK untuk GAP. Contoh saya dapat jual 100 bungkus nasi lemak katakan $BND100, saya akan ketepikan at least $BND10 sehari.
- Seminggu ada 7 hari, saya sudah ada $BND70 (equivalent RM200) – cukup untuk menambah segram emas seminggu.
- Cuba setiap minggu buat BELIAN EMAS 1 gram. Apabila saya sudah tetapkan sasaran, fokus saya kepada bisnes serta simpanan sangat berkesan. Saya akan usaha memajukan perniagaan nasi lemak untuk memastikan sasaran saya tercapai.
- Target saya adalah untuk konsisten setiap bulan supaya dapat 1 kg emas dalam masa setahun ini Insya Allah.
Apakah motivasi anda?
- Kejatuhan dari bisnes adalah motivasi utama untuk BANGKIT KEMBALI. Dalam dunia perniagaan ada untung dan tiada rugi. Ramai silap, rugi itu bukanlah rugi tapi adalah proses pembelajaran.Sometime you win, Sometime you learn!
- Buktikan pada diri sendiri bahawa jatuh berkali-kali itu adalah kebiasaan bisnes
- POSITIF SETIAP MASA bahawa ALLAH SWT in shaa allah berikan saya KEJAYAAN cuma masanya akan tiba
Saya doakan agar perniagaan En Meor Saiful Nazli semakin maju selepas ini. Kalau nasi lemaknya dapat terjual banyak setiap hari maksudnya memang sedap sangat kan? Insya Allah jika saya ke Brunei Darussalam untuk memberikan perkongsian ilmu emas saya akan singgah ke sana berjumpa dengan beliau.
Semoga perkongsian ini memberikan anda motivasi untuk membuat perkara yang sama. Tiada istilah mustahil dalam kamus hidup. Bezanya berapa kuat keazaman kita untuk memastikan ianya berhasil.
Wallah Wallam,
- Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta
- Master Dealer Public Gold (PG000839)
- HP: 019-8884452
- FB: Hafizul Hakim