Simpanan Kecemasan 3 bulan Gaji
Pertama sekali kenapa 3 bulan pendapatan? Kenapa tidak 4 bulan, 5 bulan ataupun 2 bulan. Tiga bulan pendapatan ini juga bermaksud duit untuk menampung kos sara hidup bagi tempoh tiga bulan.
Andaikan anda tidak merancang untuk berhenti kerja dan tiba-tiba anda di buang kerja atas alasan masalah ekonomi yang sedang berlaku pada masa itu. Oleh itu, dengan duit kecemasan 3 bulan inilah yang akan membolehkan anda mampu menampung kos sara hidup anda selama 3 bulan sama seperti anda sedang bekerja sekarang ini.
Itu contoh yang extreme, simpanan kecemasan ini juga boleh di gunakan ketika apa-apa juga kecemasan yang lain. Seperti tiba-tiba tayar kereta anda rosak, dan anda perlu memperbaikinya kerana itulah satu-satunya kenderaan anda untuk anda pergi kerja.
Simpan Tunai dan Sulitkan Pengeluaran
- Simpanan kecemasan adalah simpanan PALING UTAMA yang kita perlu sediakan. Ini adalah bagi meneruskan cara hidup yang sama jika berlaku sebarang kecemasan yang tidak di duga.
- Jangan sibuk ingin melabur jika wang kecemasan tidak cukup lagi.
- Kalau pendapatan keluarga anda adalah RM3,000 sebulan, maka sediakan dahulu simpanan kecemasan RM9,000.
Duit kecemasan ini jangan di ganggu. Tidak kiralah anda ingin guna untuk melabur atau apa-apa sahaja. Sebaiknya simpan dalam bentuk tunai, tapi bukan dalam akaun bank yang senang di keluarkan melalui mesin ATM. Biasanya kita akan kalah dengan emosi kita untuk menggunakan dahulu wang simpanan.
Seterusnya, katakan ada berlaku kecemasan dan anda bersyukur kerana ada duit kecemasan tersebut. Setelah anda menggunakannya, pastikan anda top-up kembali duit kecemasan anda. Jangan di biarkan berkurangan.
Simpan 3 bulan Pendapatan dan Laburkan Selebihnya
Ini adalah disiplin penting sebelum melabur dalam apa-apa pelaburan di luar sana. Kebanyakkan pakar-pakar kewangan mengesyorkan 6 bulan pendapatan sebelum mula melabur di mana-mana pelaburan.
Tetapi untuk pembeli dan penyimpan emas, 3 bulan sudah mencukupi. Ini kerana emas juga adalah duit. Emas mudah di cairkan. Bila-bila ingin guna duit, emas tersebut boleh di jual atau di pajak di ar-Rahnu. Anda boleh dapat duit pada masa itu juga. Sebab itu dikatakan emas mudah di cairkan.
Simpanan Kecemasan 3 bulan Pendapatan
Ada juga yang bertanya, perlu betul-betul cukup 3 bulan dulukah baru boleh beli emas?
Jawapannya, memang itu yang terbaik. Tetapi ramai orang ada masalah untuk menyimpan termasuklah saya. Ada sahaja yang ingin di beli setiap bulan. Boleh di katakan setiap bulan akan ada kebocoran wang. Oleh itu apa yang saya buat adalah dengan membeli coin 1 dinar dahulu sebagai motivasi untuk saya mula menyimpan dan meneruskan niat saya membeli dan menyimpan emas.
Bila dah mula pegang emas, biasanya orang akan mula rasa untuk menambah lagi simpanan emas. Ini akan menjadi motivasi untuk diri sendiri bagi mula menyimpan dan seterusnya membeli emas. Ada orang mengatakan yang emas ini adalah “magnet kekayaan”. Bukan sebab harga emas melambung naik, tapi emas membuatkan penyimpannya “sangat bernafsu” untuk kumpul lebih banyak lagi emas. Manusia memang sukakan emas.
Sekian.
Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta Public Gold Authorised Master Dealer (PG000839) Whatapps/SMS/: 019-888 4452