Terdapat ramai orang yang kurang cermat ketika menyampaikan hadis-hadis Rasulullah saw. Mereka tidak mengikut disiplin yang sepatutnya. Hadith menyimpan emas merupakan salah satunya. Cerita ini bersandarkan hadis berikut:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, “Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham." (Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
Status hadis ini adalah dhaif.
Tapi kita perlu faham apa maksud hadis dhaif dan mengapa dikategorikan sebagai dhaif.
Walaupun hadis dhaif, ianya tetap hadis cuma sanad dan rawinya tidak mencapai taraf hasan atau sahih. (Ramai tersalah faham dengan perkataan dhaif.)
Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tak kuat ingatannya.
Dalam displin ilmu hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai authoriti ke taraf sahih dan hasan. Hadis dhaif boleh dijadikan sebagai MOTIVASI dan tetapi tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.
Kesimpulan:
- Hadis dhaif BOLEH dijadikan sebagai MOTIVASI dan TAK BOLEH dijadikan sebagai hujah untuk mengeluarkan hukum.
- Maka nak simpan emas pun boleh, tak nak simpan pun tak apa. Harus hukumnya. Tapi elok menyimpan emas berbanding kertas yang nilainya semakin merosot.
- Isu yang saya explain ialah KEWAJARAN menggunakan hadis ini tanpa menyatakan statusnya. Nak sebut tiada masalah TAPI nyatakan status hadis tadi yang dhaif. Sekurang-kurangnya pendengar atau pembaca tahu bahawa hadis ini tidak boleh dijadikan hujah.
Semoga bermanfaat, Wallah wallam.
=================================================================================
Sedikit perkongsian mengenai perkataan EMAS yang disebut dalam Al-Quran.
- Surah al-Imran ayat ke-14 - Emas indah pada pandangan manusia.
- Surah al-Imran ayat ke-91 - Emas tukaran paling bernilai
- Surah At-Taubah ayat ke-34 - Emas simpanan yang sebenar
- Surah al-Kahfi ayat ke-31 - Emas sebagai perhiasan di dalam syurga
- Surah al-Hajj ayat ke-23 - Emas sebagai perhiasan di dalam syurga
- Surat Fatir ayat ke-33 - Emas sebagai perhiasan di dalam syurga
- Surah az-Zukhruf ayat ke-53 - Emas lambang kekayaan sebenar
- Surah az-Zukhruf ayat ke-71 - Emas sebagai perhiasan di dalam syurga