public-gold-logo-maroon
Baru saya tahu mengapa makin ramai orang simpan emas! Ini rahsianya rupanya..
Home » Gold Accumulation Program (GAP)  »  Baru saya tahu mengapa makin ramai orang simpan emas! Ini rahsianya rupanya..
Baru saya tahu mengapa makin ramai orang simpan emas! Ini rahsianya rupanya..

Saya tidak malu untuk mengakui bahawa saya punya tabiat susah menyimpan wang.

Kedudukan kewangan pada tengah bulan seperti paras air banjir mencecah dagu. Gawat! Pada hujung bulan, air banjir mencapai mulut dan saya terpaksa bernafas guna hidung. Mujurlah, belum pernah ‘air banjir’ melepasi hidung. Masih boleh bernapas bila bertenang.

Sekarang baru saya tahu kenapa saya begitu susah menyimpan wang.

Semua orang gembira bila ada wang. Ada sesiapa yang tidak gembira bila dia memiliki wang? Dan gembira tentang wang ini hanya dikaitkan dengan belanja. Bila berbelanja, akan gembira.

Sejak kecil, kita di didik apabila mendapat wang di tangan, pertama sekali yang akan keluar dlm otak kita adalah - BELANJA

Saya perlu ubah skrip hidup saya berkaitan dengan wang.

Kalau sebelum ini saya akan gembira bila berbelanja, skrip ini perlu diubah yang saya akan gembira bila menyimpan. Bila menyimpan, akan gembira.

Kalau sebelum ini saya selalu berkata, “saya berasa gembira apabila saya membelanjakan wang.” Maka selepas ini saya akan berkata, “saya berasa gembira apabila saya mempunyai simpanan wang.”

Saya juga tidak boleh hanya berfikir dan berkata mahu menyimpan wang. Saya perlu buktikan dengan tindakan. Saya perlu bertindak secara berdisiplin dengan menyimpan wang sekarang! Tidak ada istilah lewat untuk menyimpan wang.

Apa yang perlu dibuat?

Brian Tracy dalam bukunya No Ecuses, edisi Bahasa Melayu terbitan PTS memberi saran, pertama sekali dalam disiplin menyimpan wang ialah membuka akaun wang khusus, (pengalaman saya simpan dlm bentuk emas paling berkesan sebab ada perasaan sayang nak jual):

1# Akaun emas Public Gold ini dibuka khusus supaya kita bebas daripada masalah kewangan.

2# Akaun ini untuk wang masuk (tukar jadi emas), bukan untuk wang keluar.

3# Jika emas dikeluarkan dari akaun GAP hanya untuk membeli aset yang memberi pulangan tinggi (misalnya aset hartanah), bukan untuk membeli makanan, baju, tv dan seangkatan dengannya.

4# Bila ada wang lebih, simpan dalam akaun GAP ini (tak perlu tunggu sekali sebulan). Jangan habiskan dengan berlibur atau membeli barangan yang akan habis sekali guna.

no-excuses

Ada perkara ajaib akan berlaku

Brian Tracy juga memberitahu, bila kita menabung dengan cara ini, sesuatu yang ‘ajaib’ akan berlaku,

1# Kita akan rasa gembira bila sedar, kita ada simpanan emas yang bertambah dalam akaun GAP.

2# Walaupun kita hanya dapat simpan 1 gram emas sebulan, namun bila dilakukan secara istiqamah, kita akan mempunyai perasaan yang berbeza kerana itulah bukti kepada diri sendiri, kita telah dapat mengawal diri.

3# Akaun khusus (misalnya GAP) dan wang di dalamnya akan menjadi seperti magnet yang akan menarik wang dari arah yang tidak disangka-sangka. Sebelum ini wang gaji bulanan dirasakan asyik tidak cukup bagi menampung belanja bulanan. Dengan adanya akaun emas Public Gold ini, timbul kekuatan dalaman untuk berbelanja sepatutnya dan selebihnya disimpan.

4# Akan timbul banyak idea untuk menambah pendapatn bagi mengisi akaun khusus. Sebelum ini bila ada peluang menambah pendapatan, kita asyik mengelak atau bertangguh. Kini tidak lagi.

5# Kepekaan kita terhadap wang akan meningkat. Tabiat berbelanja tanpa berfikir akan berkurang. Jika sebelum ini, baju yang koyak sedikit terus dibuang dan beli yang baru. Kini akan timbul kesedaran untuk menjahitnya.

6# Dan lagi? Kita akan tahu dan alami ‘ keajaiban’ bila kita sudah memiliki akaun emas Public Gold ini. Dari ZERO GRAM, kepada berpuluh GRAM emas!

  • Hafizul Hakim Bin Mohamad Kerta (PG000839)
  • 08 Oktober 20116, 6:45 pagi
  • 019 888 4452 (Whatsapp/SMS/Call)